Want your
own Fotopage?














 
Jinggo's FotoPages

By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 16-Jul-2006 10:32 Email | Share | Bookmark
Hits 1 (Akhir)

Hos : Annahita & Azwan Ali
Comedian : Aboon & Mek
Nana & Achik, Bintang Emas
Nana
Achik
Nana & Achik
Fazley, Kerna Asmara
Shazzy & Fazley
Fazley & Shazzy
Farah, Antara Dua
Farah
Farah
Farah
Misha Omar
Misha Omar
Misha Omar
Misha Omar
Shazzy & Lah (VE)
Shazzy & Lah
Shazzy
Guest : Sheila on 7, Indonesian
Guest : SO7
Shanon
Shanon
Daniel Lee, Mimpi
Daniel Lee
Daniel Lee
Daniel Lee
Yazer & Felix
Yazer
Felix
Yazer & Felix
Guest : Erra Fazira
Erra
Erra
Guest : Siti Nurhaliza
CT
CT
CT
Annahita & Azwan
Misha, Best Performer
Fanatics Daniel - Pinkie
Judges
 
 
 
 
 
 
Quote:
Sejarah Hits 1

Hits 1 merupakan sebuah rancangan hiburan berbentuk carta lagu lagu terkini diadaptasi dari carta Muzik fm.Hits 1 mula bersiaran secar langsung pada 3 Oktober 2004 setiap Ahad, 2 hingga 3 petang di RTM 1, Saluran Inforia. Kini Hits 1 telah bersiaran selama 23 minggu dalam musim yang ketiga bermula 5 Februari 2006.

Hits 1 berjaya menobatkan Pulangkan nyannyian Misha Omar sebagai Lagu Terbaik Hits 1 pada musim pertama dan Gemilang nyanyian Jaclyn Victor sebagai Lagu Terbaik pada musim kedua

Format pemilihan lagu adal;ah berdasarkan system undian SMS penonton pada peringkat Juara Bulanan. Diperingkat Hits 1 Akhir, pemilihan pemenang diadili oleh juri professional kecuali kategori Lagu Paling Popular menggunakan khidmat undian SMS.

Hits juga mengutarakan carta lagu Inggeris, dikenali sebagai Hits Big 20 Countdown yang diadaptasikan dari Traxx fm, carta lagu Cina dikenali sebagai Hits 20 Ai fm yang diadaptasikan dari Ai fm dan carta lagu Tamil, dikenali sebagai Hits Minnal fm yang diadaptasikan dari Minnal fm.


Finalis Hits 1 Akhir

Juara Feb - Misha Omar, Ku seru
Juara Mac- Daniel Lee, Mimpi
Juara Apr - Shazzy & Lah (VE), Kenapa
Juara Mei - Mawi & M.Nasir, Lagu Jiwa Lagu Cinta
Juara Jun - Shanon, Dilanda Cinta

Lagu Paling Lama Dalam Carta
20 minggu - Farah, Antara Dua
16 minggu - Fazley, Kerna Asmara
14 minggu - Nana & Achik, Benang Emas



Keratan akhbar
Quote:
Edisi KL: Juara berganda Hits1

Oleh Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Lagu Jiwa Lagu Cinta nyanyian asal Mawi dan M Nasir muncul juara berganda dalam pertandingan akhir carta lagu popular Hits1 di Stadium Negara, malam tadi.

Biarpun menampilkan Felix dan Yazer sebagai pengganti Mawi yang masih lagi berkabung atas kematian bapanya, ternyata persembahan mereka tidak mengecewakan dan mendapat sokongan peminat.

Lagu ciptaan komposer M Nasir dan lirik ditulis Loloq itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000, trofi dan sijil apabila memenangi Anugerah Lagu Terbaik.

Malah seperti dijangka, lagu itu turut memenangi kategori Lagu Paling Popular menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton yang melayakkan mereka menggondol hadiah wang tunai RM10,000, trofi dan sijil.

Kemenangan itu sekali gus mengesahkan populariti Mawi masih unggul sebagai Raja SMS.

Tempat kedua pula dimenangi Misha Omar menerusi lagu Ku Seru. Kemenangan itu melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM20,000, trofi dan sijil penyertaan. Misha juga muncul juara berganda apabila turut merangkul Anugerah Persembahan Terbaik yang menawarkan wang tunai RM5,000 berserta trofi dan sijil.

Felix yang mewakili Mawi ketika ditemui selepas acara itu tidak menduga lagu nyanyiannya dipilih lagu terbaik kerana dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang.

“Saya terharu dan gembira dengan kemenangan ini. Saya menganggapnya sebagai bonus dan hadiah paling istimewa buat penyanyi asalnya iaitu Mawi dan M Nasir.

“Apa yang memeranjatkan lagi, kami hanya berlatih bersungguh-sungguh dua hari sebelum pertandingan selepas diberitahu Maestro.

“Memang diakui saya sudah biasa menyanyikan lagu ini, tetapi sama sekali tidak menyangka ia mendapat sambutan peminat dan diterima ramai pada malam ini sehingga melayakkannya menerima dua anugerah,” katanya.

Bagi Misha pula, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang dan hanya bertekad memberikan persembahan terbaik.

“Mengenai kemenangan kategori persembahan terbaik, ini tuah sebenarnya. Awalnya saya tertekan kerana orang lain menggunakan penari iringan, tetapi saya muncul solo saja. Namun bila difikirkan balik, ia lebih sesuai secara solo dan saya lebih menekankan dari aspek penghayatan lagu,” katanya.

Selain mereka berdua, Hits1 akhir turut dijayakan enam artis popular tanah air iaitu Daniel Lee dengan lagu Mimpi, Shazzy (Kenapa), Shanon (Dilanda Cinta), Siti Nordiana dan Achik (Dilanda Cinta), Farah (Antara Dua) dan Fazley (Kerna Asmara).

Hadiah kepada pemenang disampaikan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Noriah Kasnon. Turut hadir Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Abdul Rahman Hamid


SEKALONG TAHNIAH BUAT RTM KERANA BERJAYA MENGHASILKAN PERSEMBAHAN YANG BEGITU MENARIK DAN TIDAK MENJEMUKAN...

Other postings & foummers' comments :

1.http://amnet.8.forumer.com/viewtopic.php?t=19998
2.http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=226257&extra=page%3D1

selamt kembali mengupload di fotopages. Tue 18-Jul-2006 00:44
Posted by:Digitaldome Frogtography  - [Link]
ada masa apa salah nya...lagipun dah tak terlarat nak link up various postings yang berterabur merata sites setiap kali pelawat minta nak tengok fotos... jadi buat setempat juga lah nampak gayanya.. Tue 18-Jul-2006 01:27
Posted by:jinggo
andsome nye felix... memang world lah yazer dgn felix buat persembahan malam tue... Tahniah Loloq yg mencipta lirik lagu tue.. Tue 18-Jul-2006 06:56
Posted by:eza_JB cinta_sakura86@yahoo.com.my
byk nyer gambo... Tue 18-Jul-2006 07:26
Posted by:lela_manje
malam tu, felix kasi patah trofi tu....hahahhahahaha Tue 18-Jul-2006 13:07
Posted by:eni lazatkan_panchaindera@yahoo.com
maybe berkat diorg, artis datang paling awal ari ahad tu.... Tue 18-Jul-2006 13:09
Posted by:eni lazatkan_panchaindera@yahoo.com
laaa sampai patah trofi... I dengan foto shooter dari Utusan tunggu nak shoot lepas event, tengok2 dah cabut elok lepas group foto session.... bengang tol dalam dok suh tunggu2 dia orang terus cabut.. Tue 18-Jul-2006 15:49
Posted by:jinggo
jinggo's mintak kebenaran nak amik gambar kat sini letak kat myblog..tq Tue 18-Jul-2006 17:59
Posted by:azlandaniel azlandaniel08@gmail.com  - [Link]
sila sila kan Azlan... what's your blog's URL..? Tue 18-Jul-2006 22:51
Posted by:jinggo
cantik,menarik,tertarik jinggo memang d'bomb,
lawa gila la gambar yg di update kan nie.lagi-lagi gambar misha omar.
Wed 19-Jul-2006 11:39
Posted by:cik hammizah binti hamzah pu3_erra86@yahoo.com
http://azlandaniel.blogspot.com Wed 19-Jul-2006 18:37
Posted by:azlandaniel azlandaniel08@gmail.com  - [Link]
wow Lan very comprehensive Blog... Wed 19-Jul-2006 23:53
Posted by:jinggo
Mizah, you ni MOFC member ke?? Wed 19-Jul-2006 23:54
Posted by:jinggo
thks jinggo,tapi u punya gambar mmg klas n berquality... Sat 22-Jul-2006 10:52
Posted by:azlandaniel azlandaniel08@gmail.com  - [Link]
diorang tak balik lagi la bang...ada kat belakang makan supper ngan kitaorg!diorang balik lambat sama kitaorg jer...(backing nampak!) Sat 22-Jul-2006 19:19
Posted by:eni lazatkan_panchaindera@yahoo.com
thanks jinggo..mmg superb gambar2 kat ur fotopage ni..kalo ade pics farah af2 lagi..upload le lagi ok.. thanks Fri 28-Jul-2006 13:29
Posted by:hani
ni pakai camera brand ape nie? breepbreep da bomb Fri 28-Jul-2006 13:32
Posted by:hani
Camera Canon 20D + Canon 300mm f2.8L lens + Canon 1.4x converter... semua duduok atas Manfrottto Monopod.. Tue 1-Aug-2006 22:14
Posted by:jinggo
camne yek kalau saya nak beli gmbar kat u bro...especially gambar erra.. Sat 7-Oct-2006 06:57
Posted by:eta eta0810@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.