Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-Nov-2011 18:30 Email | Share | Bookmark
Skandal NFC - Shahrizat mesti berundur

Venue : Bilek Gerakan PKR P99, Ampang Jaya, Selangor


'Fakta' dari mulut MP Ampang

1. Kerajaan mungkin buat tak tahu tujuan pengeluaran (drawdown) wang pinjaman (RM250 juta)

2. Salah bagi NFC untuk beli kondominium bagi kegunaan peribadi pengarah menggunakan duit tabung rakyat.

3. Khairy kata kondominium itu pelaburan sementara menunggu pulangan dari perniagaan lembu. Tapi Zuraidah kata kalau nak melabur pun mestilah dalam lembu jugak.

4. Perbelanjaan boros bukan nya kegagalan projek yang menjadi isu.

5. NFC mesti ada 60,000 ekor lembu setiap bulan tetapi setelah beroperasi selama 3 tahun cuma ada 8,000 ekor lembu. Ini bermakna NFC cuma ada lebih kurang 3,000 ekor lembu setahun.

6. RM250 juta pinjaman mudah (soft loan) dan geran RM13 juta untuk kerja infra juga diberikan kerajaan. Tanah seluas 5,000 ekar turut diberikan kerajaan.

7. Dalam penyata kepada SSM (ROC) jelas keseluruhan RM250 juta telah dikeluarkan oleh NFC.

8. MP Kinabatangan cabar Shahrizat letak jawatan kerana memalukan kerajaan BN.

9. Wanita PKR dan wanita Pakatan akan buat protes seluruh negara minggu depan sekiranya Shahrizat tidak respon kepada desakan letak jawatan. Mereka juga akan buat laporan Polis dan laporan kepada SPRM.

10. Setakat ini tidak seorang pun kepimpinan Wanita UMNO, baik Timbalan mahupun Naib Ketua Wanita memberi sokongan kepada Shahrizat dalam hal NFC.

11. Setakat ini NFC belum membuat sebarang pembayaran balik pinjaman.

12. NFC bagi pinjaman (advance) sebanyak RM87 juta kepada restoran milik keluarga Shahrizat dan diskaun sebanyak RM3 juta bagi pembelian daging.

13. RM820,000 pula dibelanja bagi tujuan melancung.


Video 1 : Zuraidah Kamaruddin




Video 2 : Azmin Ali








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net