Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 11-Aug-2011 12:00 Email | Share | Bookmark
UMNO Taja Keluarga Asyraf Haziq ke London

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Menara Dato Onn, PWTC, Kuala Lumpur

Quote:




UMNO taja ibu bapa Asyraf ke London– Ahmad Maslan

11/08/2011 8:30pm

KUALA LUMPUR 11 Ogos – UMNO akan menaja kos perjalanan ibu bapa dan adik bongsu kepada pelajar Muhammad Asyraf Haziq yang diserang sekumpulan lelaki yang terbabit dalam rusuhan di London Isnin lalu, untuk ke ibu negara Britain itu esok.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, UMNO terpanggil untuk membantu keluarga Muhammad Asyraf Haziq yang kini khuatir dengan keadaan anak mereka itu memandangkan mereka bukan berasal daripada keluarga berada dan perjalanan mereka memerlukan perbelanjaan minimum RM20,000.

Rossli Harun iaitu bapa Muhammad Asyraf Haziq merupakan pesara tentera, manakala ibunya Maznah Abu Mansoor ialah guru tadika.

"Jadi tajaan ke London adalah untuk memudahkan dan meringankan perjalanan keluarga Asyraf, dan tanggungan mereka di sana akan ditaja sepenuhnya oleh pihak Kelab UMNO di London,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ibu bapa pelajar itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata, beliau dimaklumkan bahawa Muhammad Asyraf Haziq, 20, telah selamat menjalani pembedahan di Hospital Royal London dan keadaannya dilaporkan stabil. - Bernama



1.

2.

3.

4.

5. Ibu dan bapa Asyraf Haziq bersama adik bongsu beliau

6.

7.

8.

9.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net