Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Aug-2011 18:30 Email | Share | Bookmark
Iftar - KL International Hotel

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Kuala Lumpur International Hotel



SAJIAN TRADISIONAL

Sempena bulan Ramadhan ini, Kuala Lumpur International Hotel mengadakan promosi berbuka puasa yang mengutarakan SAJIAN TRADISIONAL dengan berbagai-bagai resepi tradisional dan makanan yang dipanggang. Bufffet Ramadhan bermula dari 1-31 Ogos 2011. bertempat di TOPPOT CAFE, aras 4.

Promosi berbuka puasa ini diadakan pada setiap hari , bermula jam 6.30 petang hingga 9.30 malam dengan kadar harga hanya RM48.00++ bagi dewasa dan RM 23.00 ++ bagi kanak-kanak.

Lebih 100 jenis hidangan disajikan setiap hari dengan beberapa keistimewaan seperti berikut :-

Lauk-pauk tadisional
Pelbagai lauk tradisi tersedia setiap hari seperti Ayam Kampung Padang Berkentang, Ketam Kari dengan Nenas, Ikan Cencaru Sumbat, Gulai Tulang dengan Rebung, Telur Itik masak lemak, Lala TumisSerai, Siput sedut lemak ubi keledek, Jantung Pisang Lemak Ikan bilis dan lain-lain lagi.

30 Jenis Kerabu
Hidangan 30 jenis kerabu setiap hari antaranya kerabu daging, kerabu kaki ayam, kerabu mangga, kerabu jantung pisang, kerabu pucuk paku, kerabu daun pegaga, kerabu campur bersantan, kerabu suhun, kerabu kerang, kerabu daging panggang dan berbagai lagi.

Ayam Pansuh
Sinonim dengan konsep ingin menyuntik kelainan dalam setiap persembahan juadah buka puasa, dengan adunan rempah ratus, ayam, daun kunyit, bunga kantan, pucuk ubi di dalam buluh bakal mencuit selera para pengunjung menjamah ayam pansuh.

Ubi Rebus dengan kelapa
Penghuni kota pasti terkenang masakan tradisi ubi rebus yang disajikan bersama kelapa yang menjanjikan kelainan.

Pulut dengan kuah durian
Pulut dikukus dan digandingken dengan kuah durian bakal dinikmati oleh pengunjung-pengunjung

Ikan bakar dan air asam/sambal kicap
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai jenis ikan bakarseperti ikan kembong, pari, terubuk, cencaru yang dihidang bersama air asam dan sambal kicap.

Sudut Masakan ‘live’

Murtabak Ayam/Daging
Dihidangkan secara ‘live’ oleh chef setiap hari dengan resipi asli

Goreng-Goreng
Goreg Keladi, Goreng Cempedak, Keropok Lekor Goreng Pisang dan Goreng dihidang bersama sos.

Popiah Basah
Dihidangkan dengan adunan inti istimewa setiap hari

• DISKAUN 50%
Untuk warga emas (sepanjang bulan Ramadhan)
Untuk penginap hotel
Untuk rakan istimewa kami di Facebook, Digi, Pemegang Kredit Kad
Public Bank dan Maybank (Pada Minggu Pertama dan Terakhir)

• DISKAUN 30%
Untuk warga kerja Kuala Lumpur International Hotel
Untuk rakan istimewa kami di Facebook, Digi, Pemegang Kredit Kad
Public Bank dan Maybank (Pada kedua dan ketiga)

• DISKAUN 20%
Ahli Koperasi Polis Diraja Malaysia dan subsidiari
Pemengang kad keahlian Valued Customer Club (VCC)

• DISKAUN 10%
Travel Agensi, Hotelier dan pemegang F&B Voucher

• PROMOSI 10 + 1
Untuk pakej keluarga atau berkumpulan, setiap pembayaran 10 orang
dewasa, PERCUMA 1 orang.

Imam bertauliah telah dijemput khas bagi menyampaikan tazkirah setiap hari iaitu sebelum waktu berbuka puasa. Imam juga akan memimpin sembahyang maghrib, isyak dan tarawikh berjemaah setiap hari.

Kami ada menyediakan kemudahan surau yang boleh memuatkan lebih kurang 60 jemaah pada satu-satu masa bagi pelanggan yang ingin menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawikh secara berjemaah.

Pelanggan Kuala Lumpur International Hotel juga berpeluang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai orang Islam dengan menunaikan rukun Islam keempat di kaunter khas di lobi hotel kami. Kaunter khas ini dikendali sendiri oleh petugas dari Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan bermula pada jam 6.30 petang hingga jam 8.00 malam, 20 – 30 Ramadhan 1432H.

Juadah Moreh disediakan setiap hari bagi jemaah-jemaah yang mengerjakan sembahyang Tarawikh di surau kami bermula jam 9.30pm hingga 10.30pm.

Bukan itu sahaja, Kuala Lumpur International Hotel juga ada menyediakan juadah sahur secara buffet kepada pelanggannya dengan harga RM 24.00 ++ bagi dewasa dan RM 18.00++ bagi kanak-kanak. Buffet Sahur bermula dari jam 1.30 pagi hingga imsak.

Tempahan individu
03 – 2697 8833 (sambungan Coffee House)

Tempahan berkumpulan
03 – 2697 8833 (sambungan bahagian jualan dan pemasaran)

Tempahan On-line
Lawati laman web kami di http://www.klitel.com.my
Email ke enquiry@klitel.com.my

Tempahan melalui Facebook
Lawati Facebook Kl Internationalhotel


1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20. Di sauk nya bunjut sup Adabi yang disangkakan daging dalam bubur lambuk

21.

22.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net