Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 4-Jul-2011 23:30 Email | Share | Bookmark
Berbaloi ke Kalau Bloggers Memfitnah?





Rais Menang saman Terhadap Penulis Blog, Penulis Blog Didapati Bersalah Memfitnah

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Isnin memenangi saman fitnah beliau terhadap seorang penulis blog berhubung artikel yang memfitnahnya yang dipaparkan dalam satu blog.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof memutuskan penulis blog Amizudin Ahmat, 42, bersalah bagi memfitnah.

"Selepas mendengar keterangan dan hujahan daripada peguam yang mewakili plaintif dan defendan, saya tidak mempunyai pilihan selain mendapati defendan bersalah melakukan fitnah," katanya.

Hakim Zabariah menetapkan Selasa untuk mendengar hujahan daripada kedua dua pihak berhubung nilai ganti rugi.

Pada 31 Jan, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Keadilan Rakyat (PKR) berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin, sharpshooterblogger.blogspot.com beserta dengan gambar Rais, pada atau sekitar 28 Dis tahun lepas.

....berita penuh di SINI dan SINI




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net