Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 4-Jul-2011 11:30 Email | Share | Bookmark
BERSIH 2 - MCA persoal motif





Pembangkang tiada sebab kukuh anjur Bersih

PULAU PINANG 1 Julai - MCA menyifatkan perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini sebagai strategi pembangkang untuk mempertahankan kedudukan mereka dalam memenangi keyakinan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, ini kerana pembangkang telah tewas dalam enam pilihan raya kecil tahun lalu dan mereka kini dalam keadaan tergugat dan tidak stabil.

Sehubungan itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) digunakan untuk menganjurkan perhimpunan haram bagi mencapai tujuan politik mereka.

“Sebenarnya Bersih tiada sebab yang kukuh untuk menganjurkan perhimpunan ini kerana pembangkang telah berjaya menafikan 2/3 majoriti BN (Barisan Nasional) dan memenangi lima negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu.

“Demonstrasi bukan cara menyelesaikan masalah, malah mereka (pemimpin Bersih) sepatutnya mengadakan saluran lebih baik seperti forum untuk membincangkan mengenainya,” katanya di sini hari ini.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net