Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 29-Jun-2011 15:30 Email | Share | Bookmark
Artis Pencinta Alam

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Menara Mustapha Kamal, Damansara Perdana

Ini lah peluang untuk melarikan diri dari terlibat dalam BERSIH 2 nanti. An ALL expenses paid for by Yayasan Emkay untuk media dan bloggers bersama Artis Pencinta Alam di Hutan Simpan Belum. Saya akan buat keputusan dalam sehari dua lagi samada akan membabitkan diri dalam BERSIH 2 atau pun merebut peluang untuk mengenali Dayang Nurfaizah dan Gee Latif dengan lebih dekat...

Quote:

ARTIS PENCINTA ALAM - Menyampai Mesej tentang Pemuliharaan Alam Sekitar

Yayasan Pulau Banding, dengan sokongan Yayasan Emkay akan mengadakan sebuah acara bersempena Tahun Perhutanan Antarabangsa Dunia 2011 yang dilancarkan oleh World Forestry Federation.

'Artis Pencinta Alam' merupakan program 3 hari 2 malam dimana 8 artis dan selebriti terpilih akan menginap di Belum Rainforest Resort, Pulau Banding, Grik, Perak dari 8 - 10 Julai 2011. Dalam tempoh itu, mereka akan meneroka keindahan alam semulajadi yang terdapat di Kompleks Hutan Belum - Temenggor, sebuah kawasan yang merangkumi empat Hutan Hujan Simpan mengelilingi resort tersebut
seluas 300,000 hektar yang dipercayai berusia 130 juta tahun. Artis-artis ini akan didedahkan kepada faedah dan kepentingan perbangunan ekosistem hutan hujan yang lestari.

Mereka juga kan mengunjungi Pusat Kajian Hutan Hujan Pulau Banding bagi mengetahui lebih lanjut fungsi-fungsi dan kerja-kerja yang dijalankan oleh Yayasan Pulau Banding. Di samping itu, para artis ini juga akan melawat perkampungan orang asli untuk mengalami sendiri dan memahami cara hidup orang asli di dalam hutan hujan ini.

Pengalaman dan maklumaat yang mereka perolehi dari program ini akan dikongsi bersama peminat dan orang awam dengan menggunakan wadah rangkaian sosial. Perkembangan artis-artis ini dan juga maklumat yang mereka sampaikan boleh diikuti melalui laman facebook di www.facebook.com/ArtisPencintaAlam .


Setiap aktiviti dan perkembangan semasa program ini akan dikemaskini di dalam halaman ini dari semasa ke semasa. Gambar-gambar serta video yang memaparkan aktiviti-aktiviti yang berlangsung akan dimuat naik untuk tontonan umum. Artis-artis yang terlibat juga akan memuatnaik log video peribadi mereka bagi berkongsi pengalaman secara peribadi serta kesedaran yang mereka perolehi dengan peminat dan orang awam.

Artis dan selebriti yang telah mengesahkan penglibatan mereka di dalam projek ini ialah:

1. Nadine Ann Thomas - Miss Universe Malaysia 2010
2. Fauziah Latiff - Penyanyi
3. Mejar (Dr.) Faiz Khaleed - Angkasawan Malaysia
4. Farah Asyikin Zulkifli - Penyanyi dan Penulis Lagu
5. Hasnul Rahmat - Pelakon dan Pengarah Filem
6. Ezlynn Ariffin - Penyanyi, Pelakon & Pengacara TV
7. Sabhi Saddhi - Penyanyi
8. Rafidah Ibrahim (Pantene Star)

Ini merupakan julung kalinya Yayasan Pulau Banding dan Yayasan EMKAY menganjurkan program besar-besaran seumpama ini yang melibatkan para selebriti dan artis. Objektif utama acara ini adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran pihak awam terhadap usaha pemuliharaan dan perlindungan alam semula jadi terutamanya di kalangan generasi muda masa kini.

"Kami percaya yang hujan hujan memiliki penyelesaian-penyelesaian untuk masalah cuaca dan ekologi di seluruh dunia. Masih banyak yang belum ditemui lagi terutamanya yang berkaitan dengan kajian dan penyelesaian biologi. Disebabkan inilah kami benar-benar serius dalam mempromosikan pembangunan ekosistem hutanhujan yang lestari, terutamanya Belum - Temenggor Rainforest Complex" kata CEO Yayasan Pulau Banding, Dr. Daniel Baskaran.

Yayasan Pulau Banding merancang untuk mengadakan acara susulan bagi memastikan inisiatif-inisiatif berterusan dilakukan bagi mempromosikan kesedaran ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai 'ArtisPencintaAlam', para selebriti yang terlibat dan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan semasa acara berlangsung, sila lawati www.facebook.com/ArtisPencintaAlam dan halaman rasmi Yayasan Pulau Banding di www.pbf.org.my ArtisPencintaAlam
29 Jun 2011



1.

2.

3.

4.

5 & 6

7 & 8

9 & 10





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net