Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 13-Jun-2011 14:15 Email | Share | Bookmark
Lagi Spinning Nak Kenakan Rais Yatim



Foto dalam simpanan


Kelmarin keluar laporan dalam Malaysiakini mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengecam Datuk Rais Yatim kerana menghabiskan RM100 juta, atau separuh bajet tahunan untuk projek kreatif untuk acara sehari sambutan Hari Seniman 2011 yang disifatkan oleh penggiat seni tempatan sebagai "projek mee segera".

Lim mendakwa bahawa sambutan yang dilakukan pada 25 Mei 2011 tersebut mendapat sambutan hambar dari penggiat seni. Laporan asal boleh didapati di SINI

Mula mula terbaca laporan tersebut sudah menimbulkan curiga dan tanda soal akan kesahihan nya. Tak masuk akal untuk kerajaan membelanjakan RM100 juta untuk satu majlis sahaja. Belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia walaupun untuk sambutan Hari Kebangsaan sekalipun tidak pernah melibatkan sebegitu banyak wang.

Hari ini Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah mengeluarkan kenyataan pembetulan sekaligus mengenepikan dakwaan Lim Guan Eng. Laporan tersebut juga di bawa oleh Malaysiakini di bawah tajuk Perbelanjaan Hari Seniman tak sampai RM100,000

Quote:

Foto dalam simpanan


Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) hanya membelanjakan RM97,800 untuk sambutan Hari Seniman 2011 pada 29 Mei lepas, kata Setiausaha Bahagian Pengurusan Acara Majlis Sepetang Bersama Seniman Modzaki Din, hari ini.

Beliau menjelaskan laporan media yang mengatakan bahawa perbelanjaan RM100 juta digunakan bagi sambutan itu merupakan salah faham.

"Ini kerana jumlah RM100 juta itu sebenarnya merujuk kepada wang yang telah disalurkan sehingga kini kepada para penggiat seni di bawah Dana Industri Kreatif," katanya hari ini.

Di bawah Bajet 2011 kerajaan memperuntukkan RM200 juta di bawah Dana Industri Kreatif dalam usaha membantu menyemarakkan lagi industri kreatif negara.

Pada program Sepetang Bersama Seniman sempena sambutan Hari Seniman 2011 di Kompleks Kraf di sini pada 29 Mei lepas, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menegur pengamal dan penggiat seni yang tidak menghargai usaha kerajaan mengiktiraf penglibatan mereka melalui sambutan Hari Seniman yang diadakan itu.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Dasar Kebudayaan KPKK Fauzia Sabiri berkata pihak kementerian telah membantu pembangunan para penggiat seni melalui pinjaman dana industri kreatif yang diuruskan bersama oleh kementerian dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Selain itu, katanya terdapat dana geran pembangunan industri kreatif yang diuruskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di samping bantuan kebudayaan yang diberi kepada badan bukan kerajaan yang bergiat dalam bidang seni, budaya dan warisan yang lain.

- Bernama




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net