Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-Mar-2011 21:00 Email | Share | Bookmark
Interlok - Majlis Ayahanda sanggah NGO Cina

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Pearl International Hotel, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

Tengah hari tadi satu laporan dalam Malaysiakini menyatakan bahawa Sekumpulan NGO Cina dan India tampil bersama-sama mengaitkan novel setebal 426 halaman itu dengan agenda menggambarkan masyarakat Cina dan India sebagai pendatang.

Walaupun kerajaan telah beralah dan bersetuju menggugurkan perkataan PARIAH dari buku Interlok, puak2 NGO India masih lagi tidak berpuas hati dan kini bergabubg pula dengan NGO Cina untuk mendesak supaya buku Interlok itu digugurkan terus dari kurikulum pembelajaran sekolah tingkatan lima

Maklumbalas FACEBOOKERS

Pautan berita - Interlok semakin kusut, NGO Melayu campur tangan , Interlok: keputusan kerajaan muktamad


Quote:



Kenyataan Akhbar

Kesan keatas bantahan dan gesaan pengharaman penggunaan buku novel Interlok oleh NGO Cina dan India untuk pelajar tngkatan 5

Oleh

Majlis Penasihat Ayahanda Ayahanda Wilayah Persekutuan (MANTAP) Bersama Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS)

30hb Mac 2011
Pearl International Hotel, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

Pada hari ini pihak kami ingin melahirkan perasaan dukacita dan tersinggung nya dengan gesaan serta bantahan yang dibuat oleh sebilangan dari badan bukan kerajaan yang mewakili keturunan Cina dan India yang masih lagi mendesak kerajaan untuk mengharamkan buku Novel Interlok.

Walaupun diperingkat kerajaan telah menyatakan ketegasan dan pendirian berkaitan novel ini. Tetapi sikap mereka mereka yang mempunyai kepentingan politik masih lagi mempermainkan isu yang sensitif ini dan cuba menangguk di air keruh amat tidak disenangi kami.

Malahan sikap sebahagian dari ahli parti komponen Barisan Nasional yang bersekongkol dalam mensensasikan isu ini juga amat biadap dan terpesong dari semangat keharmonian yang dilaungkan kerajaan yang sedia ada.

Justeru itu pihak kami sekali lagi mengingatkan juak juak yang lupa daratan dan kemaruk kuasa serta cuba menjadikan isu ini sebagai maudhuk perjuangan terutama musim menjelangnya pilihanraya hentikanlah dengan segera sebelum luka orang Melayu semakin parah.

Ingat! Pihak kami tidak sekali kali akan membiarkan cacing naik kemata dan keharmonian yang terbina sekian lama terkubur disebabkan kerakusan oportunis oportunis sebegini.

Sehubungan dengan itu kami mendesak agar pihak kerajaan bertegas dalam isu ini tanpa memperdulikannya dan tekad kami maruah bangsa perlu dipertahankan. Walau bergolok bergadai akan tetap kami harungi. Maruah pribumi wajib didaulatkan dan keharmonian negara mesti dikekalkan.

Sekian


Sidang media tergempar dilakukan semasa majlis makan malam yang dihadiri oleh lebih kurang 600 orang ahli Majlis.


1.

2.

3

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net