Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 10-Mar-2011 15:00 Email | Share | Bookmark
YBK dan KIMMA Lancar Tabung Sinar Kasih Ramadhan

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Bunga Room, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur

MAJLIS MENANDATANGAN PERJANJIAN PERSEFAHAMAN ANTARA YAYASAN BASMI
KEMISKINAN & KONGRES INDIA MUSLIM MALAYSIA UNTUK
PELANCARAN 2000 TABUNG SINAR KASIH RAMADHAN YBK-KIMMA 1432H / 2011M

10 MAC 2011


Satu Majlis Menandatangan Perjanjian Persefahaman Antara Yayasan Basmi Kemiskinan & Kongres India Muslim Malaysia Untuk Pelancaran 2000 Tabung Sinar Kasih Ramadhan YBK-KIMMA 1432H / 2011M diadakan bertempat di Hotel Seri Pasific Kuala Lumpur. Majlis ini disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ahmad Hj Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Program Tabung Sinar Kasih Ramadhan YBK-KIMMA 1432H / 2011M ini merupakan program 'SMART PARTNERSHIP' yang pertama antara YBK & KIMMA yang dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai dan sektor korporat untuk memberi sedekah kepada keluarga miskin tegar yang terpilih di seluruh Negara melalui tabung-tabung yang diletakkan di premis-premis Ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) seluruh negara seperti di lokasi Restoran Makanan India Muslim (MAMAK), Syarikat Pengurup Wang, Pasar Mini dan Kedai Tekstil. Sedekah yang diserahkan kepada YBK melalui kutipan dana tabung ini akan diagihkan kepada keluarga miskin tegar berdasarkan statistik keperluan Pendapatan Garis Kemiskinan 2009 iaitu RM460.00 sebulan.

Konsep program ini adalah untuk mengagihkan sumbangan wang tunai RM460 bagi setiap keluarga miskin tergar terpilih bagi membantu menyediakan keperluan makanan bersahur dan berbuka sepanjang bulan Ramadhan yang akan datang. Program ini menggalakkan orang ramai terutamanya pelanggan-pelanggan yang mengunjungi mana-mana premis perniagaan Ahli-ahli KIMMA untuk membeli sambil menyumbang dan turut bersama-sama membantu merekan yang kurang berkemampuan menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Selain itu, pemilik premis yang terlibat juga turut bersama-sama akan membantu memberi sumbangan untuk tabung ini secara sasaran kutipan harian. YBK & KIMMA memperuntukkan 2000 buah tabung yang akan diletakkan di premis Ahli KIMMA seluruh negara dan mensasarkan 1000 buah keluarga miskin tegar untuk diberi sumbangan melalui hasil kutipan sumbangan terkumpul daripada tabung ini.


1.

2.

3. Presiden KIMMA, Dato' Syed Ibrahim bin Kader

4. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan

5. Datuk Haji Ahmad Haji Maslan

6.

7.

8.

9/

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net