Want your
own Fotopage?






 
Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 5-Mar-2011 21:00 Email | Share | Bookmark
PR - Pelancaran Buku Jingga Selangor

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor

Majlis sambutan ulangtahun ke 3 pentadbiran negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat dan juga Pelancaran Buku Jingga Peringkat Negeri Selangor

Video 1 : Ucapan oleh Hassan Ali, Pengerusi Jawatankuasa Majlis sambutan\



Video 2 : Ucapan dan teguran sinis oleh Tan Seng Giaw, MP Kepong (DAP)



Video 3 : Ucapan dan amanat oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim




Berikut adalah e-mail yang telah saya terima dari Raja Azmi Raja Azman. :

Quote:
Raja Azmi Raja Azman

to bcc: blogger show details 5:09 PM (8 hours ago)

Saya telah menghadiri Majlis Pelancaran Buku Jingga di Stadium Malawati pada malam Sabtu lepas. Majlis tersebut diadakan sempena Karnival Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang berlangsung pada 5 dan 6 Mac, 2011 di tempat yang sama.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dijadualkan berucap di upacara tersebut ialah Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Khalid Ibrahim.

Majlis bermula pada lebih kurang 9.30 malam setelah pemimpin-pemimpin PR, ahli-ahli exco dan SUK negeri Selangor mengambil tempat masing-masing di atas pentas. Kehadiran amat mengecewakan. Hanya kira-kira 1,000 orang berada di stadium ketika majlis dimulakan. Jangkaan hadirin menjangkau 10,000 orang nyata jauh meleset. Alasan yang diberi oleh Hasan Ali, selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, ialah ramai aktivis PR terlibat dengan pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau.

Daripada tinjauan rambang di kalangan para hadirin, majoriti adalah ahli-ahli PAS dari bahagian Sungai Burong yang dipimpin oleh Hasan Ali. Bakinya terdiri daripada kakitangan jabatan dan agensi kerajaan negeri Selangor yang telah dikerah untuk hadir serta penghulu-penghulu mukim yang dilantik oleh PR. Nampaknya tak banyak beza antara PR dan BN dalam cara mereka meramaikan hadirin di sesuatu majlis. Juga terdapat ramai remaja belasan tahun yang ditugaskan untuk mengedar risalah-risalah dan cenderamata.

Tujuan saya menghadiri majlis tersebut ialah untuk mendapat penjelasan terperinci tentang Buku Jingga. Malangnya, hasrat saya tidak tercapai, harapan hampa berkecai. Majlis penerangan Buku Jingga bertukar menjadi majlis pemujaan kepimpinan Khalid Ibrahim. Kejayaan demi kejayaan kerajaan negeri Selangor diomong-omongkan tanpa menyentuh walau sedikit pun kelemahan dan kepincangan pentadbiran negeri. Ucapan-ucapan hanya bersifat “masuk bakul, angkat sendiri”.

Yang paling mencuit perhatian saya ialah penjelasan Khalid Ibrahim tentang isu kerajaan negeri Selangor membayar kos penginapan wakil-wakil PKR dari Sabah dan Sarawak semasa Kongres Kebangsaan PKR yang lepas. Menurut Khalid, pembayaran tersebut ialah sumbangan negeri Selangor kepada peningkatan proses demokrasi negara. Wakil-wakil tersebut kononnya telah didedahkan kepada proses pemilihan. Wow! Kata-kata yang sungguh indah, niat cukup murni. Tetapi hakikatnya menggunakan wang rakyat negeri Selangor untuk tujuan politik kepartian ialah satu bentuk rasuah. Tiada beza dengan budaya UMNO. Di mana perubahan yang dilaung-laungkan?

Majlis Pelancaran Buku Jingga tersebut gagal kerana tiada kerjasama ikhlas dari PAS dan DAP dalam mendokongi kempen Buku Jingga. Bilangan orang bukan Melayu yang hadir di majlis tersebut boleh dikira dengan jari. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menarik diri pada saat-saat terakhir setelah dimaklumkan bahawa Presiden PAS, Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah menolak jemputan ke majlis tersebut. PKR telah diwakili oleh Wan Azizah Ismail, Hasan Ali mewakili PAS dan Tan Seng Giaw mewakili DAP.

Satu petanda amat membimbangkan yang dapat dilihat dari majlis tersebut ialah kecenderungan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR dalam membazirkan wang rakyat. Majlis pelancaran itu diadakan semata-mata kerana ada peruntukan yang dapat digunakan dari bajet negeri Selangor. Oleh kerana jumlah hadirin yang rendah, banyak nasi bungkus yang dibekalkan terpaksa dibuang begitu sahaja.

Segala kos penganjuran karnival tersebut ditanggung oleh kerajaan negeri Selangor. Jika belanja jamuan menyambut ulangtahun ke-40 Yayasan Selangor mencecah RM800,000.00, bayangkan berapa juta wang rakyat telah dibelanjakan untuk karnival yang berlangsung selama dua hari.

Pembaziran wang rakyat ialah satu manifestasi penyalahgunaan kuasa. PKR sering mengecam UMNO kerana menyalahguna kuasa. Daripada insiden pembaziran kos penganjuran karnival ini, PKR dilihat sebagai “kata dulang, paku serpih; kata orang, sendiri yang lebih”. Reformasi yang dijanjikan masih tinggal sebagai janji.

Jika objektif majlis tersebut untuk meraih sokongan rakyat kepada Buku Jingga, nyata majlis yang saya hadiri telah gagal sama sekali. Majlis-majlis sedemikian sepatutnya digunakan untuk menjelas dan mengupas “Janji-janji Reformasi Dalam 100 Hari” supaya rakyat dapat menghayati semangat reformasi yang terkandung dalam Buku Jingga. Setakat in, Buku Jingga hanya wujud sebagai sebuah mitos di awang-awangan kesedaran politik rakyat.

RAJA AZMI BIN RAJA AZMAN



1. Solat berjemaah Maghrib diikuti dengan tazkirah dan solat Isyak

2. Kira2 250 jemaah bersolat bersama kepimpinan Islam Pakatan Rakyat. Khalid Samad tak hadir.... Lain2 wakil kepimpinan PAS Pusat pun tak hadir??? Sibuk berkempen di Merlimau dan Kerdau gamak nya..

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10. Hassan Ali, Pengerusi Pengelolaan Majlis

11.

12. Dr Tan Seng Giaw (MP Kepong) mewakili Lim Kit Siang. Dalam ucapan beliau, teguran sinis diberikan kepada pentadbiran negeri Selangor

13. Berdesing telinga mereka mendengar teguran sinis Dr Tan

14

15.

16.

17. Kehadiran kurang dari 1,000 orang

18. Pelancaran Buku Jingga peringkat negeri Selangor

19.




Rakyat Selangor dah letih,baik berehat depan TV. Sun 6-Mar-2011 12:53
Posted by:razakramli.blogspot.com
bazir duit rakyat! Sun 6-Mar-2011 13:54
Posted by:dino.yp@gmail.com
Halo dino, cetak buku bukannya pembaziran. Orang boleh buat perbandingan dengan pakej-pakej yang kerajaan sedia ada tawarkan. Tapi kalau Skandal PKFZ yang nilainya lebeh kurang RM4,600,000,000.00 (yg melibatkan menteri BN) memang suatu pembaziran.......setujukan Mon 7-Mar-2011 14:11
Posted by:mat tempe
wau....banyaknyer yg hadir dlm stadium...next time buat lagi yer... Tue 8-Mar-2011 07:47
Posted by:section_nine
Satu program kerajaan negeri di Shah Alam lebih menjimatkan berbanding melaksanakan nya pada setiap lapan daerah.Jimat dari segi kos, masa dan tenaga. Kalaulah RADIO SELANGOR FM memberi peluang pada kerajaan negeri menyampaikan dasarnya pada rakyat maka pasti kerajaan selangor tak buat program ni di stadium Shah Alam. Tapi apa nak buat kementerian Penerangan tak mengizinkan. Walhal wang peruntukan perbelanjaan kementerian penerangan juga dikutip dari orang Pakatan Rakyat.......
Kerajaan Pusat perlu bersikap agar lebih telus......
Tue 8-Mar-2011 13:11
Posted by:mat tempe
aku pun ada kat stadium melawati malam itu. memang memalukan tuan rumah bila kena kenen oleh wakil DAP yang datang sebagai VVIP. kurang asam betul lah Dr Tan Seng Giaw Tue 8-Mar-2011 13:13
Posted by:shah_alam
ramai x dpt menghadirkan diri spt aku kerana hari tersebut padat dgn event spt kempen pilihanraya, pameran perkahwinan di the mines, majlis kahwin yg padat dan mcm2 lg.. kurang kehadiran tidak semestinya pengundi atas pagar mcm aku xkan mengundi PR akan datang.. apapun kami sokong buku jingga secara senyap2.. xperlu nk menunjukkan diri Tue 8-Mar-2011 18:26
Posted by:melayu
aduyai melayu , aku paham alasan ko... kesian mya Wed 9-Mar-2011 00:20
Posted by:shah_alam
Kalau kandunganbuku jingga tu baik, elok kita ramai-ramai sokong. Aku tak dengar pun projek-projek lain di perak,negeri sembilan, pahang,perlis dan sabah.....elok negeri-negeri ini ambil je program buku jingga nih... Thu 10-Mar-2011 01:50
Posted by:Rojak

sebelum terima selidik dulu siapa anuar yang terlibat dalam pembikinan buku nih.. layak ke dia.. pikir.. pikir..
Fri 18-Mar-2011 01:00
Posted by:Sokor
Buku jingga tu bukan Anuar buat..........dibuat oleh pakar pakar rujuk Think thank PR..........Sokor, pandangan mu dibayangi Anuar je....Kapan Mau maju Pak! Sun 27-Mar-2011 01:57
Posted by:Embah Sokor
saya setuju dengan komen embah sokor,....buku tu hasil kajian pakar-pakar ekonomi.... Sat 9-Apr-2011 06:42
Posted by:Mat Tempe
A few days ago, http://www.cheapjerseyshopping.com/ Wholesale NFL jerseys Saints running back Reggie - George W. Bush put a word on Twitter http://www.Brandclothingfactory.com/ Discount Moncler Jacket "Everyone stop complaining and see how I use, vacation, rest, relax,http://www.cheapjerseyshopping.com/ Cheap NFL jerseys travel around, I am very happy." His words, his 1.7 million followers in an uproar,http://www.Brandclothingfactory.com/ Cheap A&F T-shirts but today, Bush stressed that his remark is a joke. Fri 13-May-2011 04:13
Posted by:Discount Moncler Jacket  - [Link]
Thank you for sharing! It's a very nice post.
Wed 22-Feb-2012 08:06
Posted by:Michael Kors handbags  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com