Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 15-Feb-2011 11:38 Email | Share | Bookmark
Konvoi Jelajah Thailand-Myanmar

Venue : Masjid Sultan Mizan, Putrajaya

PM lepas konvoi Jelajah Thailand-Myanmar

PUTRAJAYA 15 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melepaskan konvoi Program Jelajah Silaturrahim Thailand dan Kawthaung, Myanmar anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Program selama enam hari lima malam yang diketuai oleh Yang Dipertuanya, Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir itu akan melibatkan penjelajahan sejauh 2,500 kilometer (km) menggunakan lapan buah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Seramai 40 peserta yang terdiri daripada pegawai, kakitangan dan para sahabat Yadim terlibat dalam konvoi tersebut.

Objektif program jelajah itu adalah untuk memperluaskan jaringan dakwah dan sahabat persatuan itu, seterusnya mengeratkan tali silaturrahim dengan masyarakat Islam dan bukan Islam.

Kemuncak program itu adalah untuk melawat wilayah Kawthaung yang terletak di selatan Myanmar bersempadan dengan Ranong, Thailand di mana terdapat 15,000 orang Melayu yang menetap di situ.

Mereka bercakap dalam loghat utara Semenanjung Malaysia dan masih menggunakan tulisan jawi serta berusaha mempertahankan jati diri sebagai bangsa Melayu.

Antara pengisian yang akan dijalankan di wilayah itu adalah program gotong-royong, mengadakan kenduri, ceramah Maulidur Rasul dan penyampaian sumbangan kepada 100 fakir miskin dan 11 orang guru agama.

Selepas pulang daripada Kawthaung, konvoi itu akan menjayakan beberapa program lagi di utara tanah air.

Antaranya, penyampaian sumbangan di Pusat Tahfiz Al-Azhar di Alor Setar, majlis Maulidur Rasul dan Silaturrahim serta pelancaran dana pembinaan surau Sekolah Menengah Agama As-Saadah Diniah di Yan, Kedah yang akan disempurnakan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Kemudian, anggota konvoi itu akan ke Kepala Batas dan Seberang Perai Utara di Pulau Pinang untuk menjayakan majlis sambutan Maulidur Rasul dan silaturrahim di Madrasah al-Khairiah al-Islamiah.

1.

2.

3.

4.

5.

6.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net