Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 15-Feb-2011 09:00 Email | Share | Bookmark
Sambutan Maulidul Rasul

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Masjid 'Besi' Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Tema sambutan perayaan : '1Malaysia 1Ummah'

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.


Quote:
10 & 11


Kikis curiga sama sendiri, titah Agong

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah setiap rakyat Malaysia haruslah mengikis sikap curiga mencurigai antara satu sama lain dalam usaha untuk memupuk perpaduan sama ada di kalangan umat Islam mahupun sesama masyarakat.

Baginda bertitah sentimen perkauman yang sempit mestilah dibanteras daripada awal sebelum ia membarah dalam masyarakat. "Bersamalah kita membina negara yang tercinta ini dengan nilai kasih sayangdan persefahaman. Perpaduan dan keharmonian yang telah kita bina janganlah kita runtuhkan hanya kerana mencari keuntungan yang sementara," titah baginda pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan bertemakan 1Malaysia 1Ummah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya hari ini.

Turut berangkat pada majlis itu Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Baginda juga melahirkan rasa gembira kerana sambutan Maulidur Rasul memberi makna tersendiri kepada seluruh umat Islam dan bersama membuktikan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW dan seterusnya menghayati sejarah dan perjuangan Rasulullah bagi menegakkan Islam yang tercinta.

Baginda bertitah nilai-nilai murni yang dibawa Nabi Muhammad SAW telah membawa panduan kehidupan yang baik untuk diikuti serta mampu menyatukan seluruh umat manusia sekiranya semua pihak ikhlas berbuat demikian.

"Contohnya dalam kepimpinan keluarga, baginda merupakan contoh teladan yang terbaik. Baginda mampu memperlihatkan akhlak yang sangat terpuji sebelum diangkat menjadi Rasul.

"Akhlak baginda bukan sahaja cemerlang dalam hubungan dengan Allah SWT tetapi juga amat indah dalam hubungan sesama manusia," titah baginda.

Tuanku Mizan bertitah jasa dan sumbangan Rasulullah sewajarnya dihargai seluruh umat Islam dengan mengamalkan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh.

Hanya dengan menghayati dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar akan menghasilkan natijah yang terbaik sama ada di dunia mahupun akhirat, titah Seri Paduka.

Sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini Tuanku Mizan menyeru seluruh umat Islam agar terus berusaha mempertingkatkan pencapaian yang dimiliki sekarang supaya umat dan negara terus cemerlang.

Titah baginda sebagai seorang Muslim yang cintakan Rasulullah SAW, seharusnya hari ini iaitu 12 Rabiulawal yang merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW, harus menjadi hari yang paling menggembirkan umat Islam.

"Oleh yang demikian wajarlah setiap individu memahami dan menjiwai semangat sambutan ini dengan bersungguh-sungguh," titah baginda.

Terdahulu sebanyak 114 kontinjen dengan 10,315 peserta terdiri daripada kontinjen kerajaan, badan berkanun, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan sekolah menyertai perhimpunan sambutan Maulidur Rasul.

Mereka berarak sejauh 2.4km sambil berselawat dari Dataran Putra sehingga ke Qiblat Walk di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

--Bernama


12. Majlis hari ini dicemari oleh kejadian petugas yang asyik 'mengganggu' perjalanan petugas media. Tiada sudut atau kawasan yang sesuai disediakan oleh pihak penganjur. Persiapan hanya dibuat untuk official video team tanpa mengambil kira puluhan jurufoto yang mewakili media cetak. Dari satu tempat ke satu tempat kami 'dihalau'.

13. Saya tka tahu lah jenis gambar apa yang dapat dirakam oleh jurufoto yang terpaksa mengambil gambar dari belakang pelbagai halangan.

14. Wakil media yang bertugas di Putrajaya pun tidak diberi muka - terpaksa beralah

15. Ketua 'penghalau' yang memegang walkie talkie mengingatkan saya akan kejadian di Istana Negara semasa Majlis Angkat Sumpah Yang DiPertuan Agung. Kesudahan nya saya difahamkan bahawa Pegawai Media Istana Negara, bernama Mahathir terpaksa mencari pekerjaan lain selepas beberapa bulan kejadian tersebut.

16. Wee Soo Yen terkejut terima anugerah Maulidur Rasul

17. Para pemenang Anugerah Maulidul Rasul bergambar kenangan bersama YDP Tuanku Mizan.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net