Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 27-Jan-2011 15:50 Email | Share | Bookmark
PRK N.05 - Peneroka ditipu

Venue : Pekan Labis, Johor

198 peneroka dapat surat palsu terima bantuan

LABIS 27 Jan. - Seramai 198 peneroka Felda Chemplak Barat di sini nyaris tertipu apabila menerima surat palsu mengenai majlis penyerahan bantuan sebanyak RM300 seorang daripada Majlis Daerah Labis (MDL) yang dijadual pagi esok.

Ketua Kampungnya, Ahmed Maslan, 62, berkata, surat tersebut kononnya dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan itu ditanda tangani oleh Setiausaha MDL, Mohd. Farid Kassim.

Surat itu antara lain memaklumkan kesemua peneroka tersebut layak untuk menerima sumbangan RM300 dan penerima diminta berkumpul di Dewan Serbaguna Labis untuk menerima bantuan itu pukul 9 pagi esok.

"Untuk menerima wang sumbangan yang dijanjikan, setiap penerima surat berkenaan diminta membawa surat tawaran berserta kad pengenalan diri.

"Tetapi saya tak sedap hati terus menghubungi pejabat MDL dan petugas memaklumkan bahawa surat tersebut tidak pernah dikeluarkan dan tiada sebarang sumbangan akan diberikan kepada peneroka seperti yang dinyatakan di dalam surat tersebut," katanya.

Sehubungan itu, Ahmed mewakili 198 penduduk membuat laporan di Balai Polis Labis pukul 1.45 petang ini.

Menurutnya, ia merupakan kali pertama perkara seumpama itu berlaku sepanjang beliau menjadi ketua kampung sejak tujuh tahun lalu.

"Saya buat laporan polis kerana tidak mahu penduduk terus tertipu dan mungkin digunakan untuk kepentingan pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi," katanya.

Utusan Malaysia dimaklumkan, pihak MDL juga telah membuat laporan mengenai pengedaran surat palsu itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Abdul Majid Mohd. Ali ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh Ahmed dan kakitangan MDL.

Beliau berkata, polis kini menyiasat perkara tersebut termasuk mengesan pihak yang bertanggungjawab menghantar surat berkenaan.

Selain Felda Chemplak Barat, peneroka di Felda Tenang turut menerima surat serupa.








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net