Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 16-Jan-2011 21:00 Email | Share | Bookmark
PEKIDA - Majlis Ayahanda Bantah Ronnie

 
 
 
 
 
 
 
Venue : Dewan Masyarakat, Apartment Sri Dahlia, Laman Puteri 3, Bandar Puteri, Puchong, Selangor.

Quote:
KENYATAAN AKBAR
ISU LARANG UMAT ISLAM KERJA DI PREMIS JUAL ARAK DI NEGERI SELANGOR SERTA KENYATAAN DUA EXCO SELANGOR TERESA KOK DAN RONNIE LIU MINTA MPSJ MENARIK BALIK PERATURAN TERSEBUT DARI DIKUATKUASAKAN



MAJLIS AYAHANDA-AYAHANDA SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN SERTA GABUNGAN NGO-NGO ISLAM MENYOKONG PENUH KETEGASAN EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM SELANGOR DATO’ DR HASSAN MOHAMED ALI MELARANG UMAT ISLAM DARI BEKERJA DIPREMIS-PREMIS YANG MENJUAL ARAK DIDALAM NEGERI SELANGOR.

SESUNGGUHNYA KENYATAAN TERSEBUT HANYALAH LEBIH BERSIFAT PERINGATAN KEARAH PENGUATKUASAAN YANG LEBIH TEGAS KERANA PADA DASARNYA LARANGAN TERSEBUT TELAHPUN TERMAKTUB DENGAN ADANYA PERUNTUKAN DIBAWAH SEKSYEN 18 (2) ENAKMEN JENAYAH SYARIAH, SELANGOR 1995.

PIHAK MAJLIS JUGA MELAHIRKAN RASA BANGGA DAN INGIN MENGUCAPKAN SYABAS KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN KHUSUSNYA MPSJ YANG TANPA RASA TAKUT TELAH MENJALANKAN PERANAN MEREKA DENGAN BERKESAN DAN PENUH DEDIKASI KEARAH MENGUATKUASAKAN PERATURAN DIATAS.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU MAJLIS AYAHANDA-AYAHANDA SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN BESERTA GABUNGAN NGO-NGO ISLAM AMAT TERSINGGUNG DAN TERGURIS DENGAN KEBIADAPAN RONNIE LIU DAN TERESA KOK YANG CUBA CAMPURTANGAN DIDALAM HAL EHWAL AGAMA ISLAM DENGAN MENGARAHKAN PIHAK MPSJ MENARIK BALIK PERATURAN MELARANG ORANG ISLAM BEKERJA DIPREMIS YANG MENYAJIKAN ARAK .

SESUNGGUHNYA KENYATAAN SERTA NIAT CAMPURTANGAN DUA KUFFAR INI DALAM URUSAN PENTADBIRAN ISLAM AMAT DIKESALI DAN AMAT BIADAP SETERUSNYA BOLEH MENCEMAR NAMA BAIK SULTAN SELANGOR SELAKU KETUA AGAMA ISLAM SELANGOR SERTA AGAMA ISLAM AMNYA.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU MAJLIS AYAHANDA-AYAHANDA SELANGOR SERTA GABUNGAN NGO-NGO ISLAM JUGA MENGGESA PARTI PAS YANG SELAMA INI MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI SLOGAN PERJUANGAN MEREKA MENYATAKAN PENDIRIAN RASMI MEREKA BERKAITAN PERKARA INI.

PIHAK MAJLIS JUGA MENDESAK AGAR PARTI PAS YANG JUGA ANGGOTA PAKATAN RAKYAT AGAR MENGAMBIL SERIUS PERKARA INI DENGAN MENEGUR KECELUPARAN ANGGOTA DAP TERSEBUT MELALUI RAKAN SEKUTU MEREKA DIDALAM PAKATAN RAKYAT.

SETERUSNYA PIHAK MAJLIS BERPESAN KEPADA RONNIE LIU DAN TERESA KOK AGAR JANGAN SESEKALI MENCAMPURI URUSAN AGAMA ISLAM “KAMU DENGAN AGAMA KAMU, DAN KAMI DENGAN AGAMA KAMI” SUPAYA TIDAK BERMAIN API SEHINGGA BOLEH MENGGUGAT KESTABILAN DAN KEHARMONIAN NEGARA YANG TELAH TERBINA SEKIAN LAMA.


Oleh :- Ayahanda Abd Rahim Mokhtar
Pengerusi Majlis Ayahanda ayahanda Selangor
HP : 0163920878/0193215505

Ayahanda Zakaria Awang
Pengerusi Majlis Ayahanda ayahanda Wilayah Persekutuan
HP : 0193055077

Mohd Mustaffa Hj Hamzah
Aktivis Pengguna PPIM
HP : 0124446284



1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net