Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 6-Jan-2011 15:00 Email | Share | Bookmark
Kes Rogol Amah - Rais dan Maznah bersuara

 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Pejabat DSU Rais Yatim di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur


Tengah hari semalam saya menerima jemputan beberapa kenalan bloggers untuk melakukan lawatan hormat ke pejabat Dato' Seri Utama Rais Yatim di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Setelah selesai istiadat angkat sumpah SUK di Istana Bukit Kayangan, saya pun bergegas ke tempat yang dijanjikan.

Pertemuan ringkas yang diaturkan bertujuan untuk mendapatkan penjelasan dari tuan punya badan yang kena tohmahan merogol orang gaji sendiri oleh pihak2 yang ingin menjatuhkan beliau. Alhamdulillah Rais Yatim telah menjemput isteri beliau Maznah untuk turut sama memberi penjelasan memandangkan beliau juga turut dibabitkan dalam tohmahan sebagai saksi yang telah melihat sendiri kejadian rogol tersebut.

Penjelasan diberikan dalam suasana santai, terang dan jelas serta terbuka. Segala perkara yang dibangkitkan dalam tohmahan yang telah disebarkan dalam internet telah disoal satu persatu bagi mendapatkan reaksi dan timbal balas dari mereka berdua. Semua nya dapat dijawab dan diperincikan satu persatu. Sekurang kurang nya ia menyakinkan saya bahawa tohmahan terebut adalah liar dan berniat jahat.

Kenalan saya telah bertindak lebih lanjut dengan meminta Rais Yatim mengemukan saksi jika ada untuk mengukuhkan cerita beliau pula. Kami amat berbesar hati isteri beliau bingkas menjemput kami ke kediaman mereka untuk menemuramah pembantu mereka yang sama2 bertugas dan berkongsi sebilik dengan Robengah yang dikatakan mangsa rogol tersebut.

Perlu diingatkan bukan tugasan saya untuk menulis dan membuktikan Rais Yatim bersalah atau tidak. Setelah menerima jemputan dan mengikuti rombongan kenalan bloggers in, ianya menjadi tanggungjawab saya untuk melaporkan apa yang lihat dan dengar untuk berkongsi dengan para pembaca semua. Saya akan paparkan dalam sedikit masa lagi klip video temuraramah bersama Sumati, rakan sebilik Robengah untuk menutup siasatan kami setakat ini.

Pautan berita yang berkenaan:-
1. RAIS NAFI TUDUHAN BLOG DAN PEMBANGKANG
2. PEMBANGKANG SEMAKIN TERDESAK - RAIS


1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net