Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 8-Dec-2010 14:00 Email | Share | Bookmark
Betul ke Dakwaan Zuraida Kamaruddin?



KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN AMPANGMERANGKAP KETUA WANITA KEADILAN
YANG BERHORMAT ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN
“REKOD BURUK PERTAMA KPN BARU


”Tindakan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) yang telah menahan seramai 52 orang penunjuk perasaan semalam (05 Disember 2010) dan memukul penunjuk perasaan yang lain sewaktu perhimpunan aman Bantah Harga Air Naik membuktikan tahap sebenar ketelusan dan kebertanggungjawaban PDRM dalam melaksanakan tugas.

Insiden buruk ini juga jelas telah mencalarkan integriti PDRM dan kredibiliti Ketua Polis barunya, Tan Sri Ismail Omar. Rekod buruk pertama Ketua Polis baru ini membuktikan bahawa PDRM masih berterusan mengamalkan sikap “double standard” dalam melaksanakan tugas dan menguatkan lagi dakwaan bahawa kesemua institusi kerajaan kini, termasuk PDRM dan FRU telah diperkudakan demi kepentingan politik BN-Umno.

Malah, penafian dan sikap angkuh kerajaan Pusat untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor demi kepentingan rakyat, menunjukkan seolah kerajaan Pusat turut bersubahat dalam ‘rompakan besar-besaran hak rakyat’ oleh Syabas

Sikap tidak adil PDRM, apabila penyokong dan warga Selangor yang ingin menuntut keadilan telah ditahan dan disekat secara ganas dengan menggunakan water cannon dan gas pemedih mata, sebaliknya GAPS (Gabungan Anti Penyelewangan Selangor) yang lebih jelas berunsur perkauman dan mencetuskan provokasi dibenarkan berhimpun dan melakukan huru-hara.

Profesionalisme PDRM juga layak dipersoalkan kerana telah bersikap biadap dengan tidak menghormati Masjid Negara sebagai sebuah premis rumah ibadah apabila berterusan gas pemedih mata dilepaskan di perkarangan masjid sehinggakan menjejaskan orang awam yang sedang bersolat.

Perlakuan ganas pihak berkuasa ini benar-benar telah memalukan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi membangun, sekaligus amat bertentangan dengan hasrat bersama untuk memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara bertaraf maju dan kerajaan yang mementingkan rakyat.

Sekian. Terima kasih.

YB ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN

Quote:
33. Mereka maseh berdegil untuk meneruskan perarakan ke Istana Negara walaupun dalam kumpulan kecil



Rakaman perhimpunan GAPs pada hari yang sama boleh dirujuk di SINI. Patut kah Polis menyembur kumpulan GAPs ni yang bersurai setelah bergambar beramai ramai??? Mereka tak berarak pun....

Update @ 10-12-2010

Pautan ulasan

1. Zuraidah memang baboon, Cakap main sebarangan
2. Zuraidah Kencing Rakyat Di Blog Anwar Ibrahim




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net