Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 29-Nov-2010 08:30 Email | Share | Bookmark
PR - Penutup Persidangan MB & KM

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Kompleks Kediaman EXCO, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Persidangan ini berjalan secara tertutup pada sebelah siang nya. Wakil2 EXCO dan Menteri Besar serta Ketua Menteri negeri2 dibawah Pakatan Rakyat telah menghadirkan diri. Jemputan media cuma untuk sesi sidang akhbar dan jamuan makan serta majlis penutup persidangan pada sebelah malamnya.
Quote:

KENYATAAN AKHBAR
29 NOV 2010
MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI NEGERI PAKATAN BERSIDANG UNTUK TINGKATKAN PERKHIDMATAN KEPADA RAKYAT


SHAH ALAM: Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat kali kedua berlangsung hari ini di Kompleks Kediaman Pegawai Kerajaan di Seksyen 7 di sini, yang menyaksikan tiga Menteri Besar dan Ketua Menteri berazam untuk mengukuhkan kerja sama bagi meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.

Persidangan sehari ini dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Exco-exco Kerajaan negeri dan wakil-wakil anak syarikat kerajaan negeri.

Dalam ucapan perasmian, Abdul Khalid berkata, persidangan ini adalah medium penting untuk berkongsi pandangan serta pengalaman dalam menggalas amanah rakyat berdasarkan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan urus tadbir kerajaan yang baik.

Katanya, persidangan ini juga ruang penting untuk membolehkan persoalan dasar, strategi dan program yang telah dilaksanakan di setiap negeri terlibat dikongsi sebagai panduan atau pengajaran kepada semua pihak.

Abdul Khalid berkata, negeri-negeri Pakatan Rakyat menghadapi pelbagai cabaran selama hampir tiga tahun memerintah tetapi berjaya mematahkan cubaan yang bertujuan menggagalkan usaha-usaha melakukan reformasi pentadbiran negeri.

Beliau berharap, persidangan kali ini dijadikan landasan untuk berkongsi pengalaman untuk meningkatkan tahap perkhidmatan sekali gus memperkukuhkan pentadbiran sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Lim Guan Eng pula berkata, pemimpin Pakatan Rakyat perlu mengubah tanggngapan bahawa mereka ini bukan lagi pembangkang tetapi pemerintah negeri pemerintah dan perlu melaksanakan tanggung jawab kepada rakyat dengan sebaik mungkin.

Katanya, pemimpin negeri Pakatan Rakyat tidak perlu terlalu birokratik atau terikat dengan protokol kerana pemimpin Pakatan Rakyat perlu kekalkan budaya pemimpin berjiwa rakyat.
“Kita perlu kekalkan nilai-nilai mesra rakyat dan mudah didampingi yang kita amalkan sebelum menjadi kerajaan pemerintah. Paling penting kita tahu bezakan yang mana lawan dan kawan,” katanya.

Lim juga menasihatkan Kerajaan Pakatan Rakyat supaya mendapatkan sokongan kakitangan awam dan tidak mengabaikan mereka menjadi nadi pentadbiran sesebuah negeri.

Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat pula menasihatkan negeri-negeri pakatan Rakyat terus bersatu menentang serangan media arus perdana yang terus memutar belit fakta bagi mengelirukan rakyat.

Beliau berkata, semua masalah yang timbul di negara ini adalah mainan Umno yang sengaja menimbulkan suasana tidak senang rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Pakatan tidak boleh terlalu yakin untuk terus berkuasa dan jadikan pilihan raya umum 2004 sebagai pengajaran apabila Pas tewas di Terengganu dan menang tipis di Kelantan.

Bagaimanapun, beliau berkata, rakyat Kedah semakin selesa dengan pentadbiran Pakatan di Kedah yang mengamalkan ketelusan dan berjaya meningkatkan hasil negeri menerusi pembalakan.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan menyampaikan ucapan penggulungan pada malam ini.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR


--
Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor
Tel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686


1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8. Bekas EXCO dan Speaker Perak pun dijemput sama menghadiri persidanagan ini walaupun mereka tidak lagi memerintah negeri tersebut. Nizar Jamaluddin turut hadir pada sessi sebelah siang.

9. Wakil kedutaan Swaziland turut hadir

10.

11. Akhbar mingguan terbaru "Selangor Times"

12.

13.

14.

15.

16.

17. Resolusi Persidangan Menteri Besar, Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat

18.

19. Anwar pertahan pendirian PKR tolak konsep Ketuanan Melayu

20.

21.

22.

23.

24.

25.

26.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net