Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 19-Oct-2010 13:00 Email | Share | Bookmark
PKR - Zaid Jual Bangunan Kepada PAS

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Hotel Fully Inn, Gua Musang, Kelantan

Zaid Ibrahim jual bangunan UMNO Kota Bharu RM4.5 juta

GUA MUSANG 19 Okt. - Bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim telah menjual bangunan UMNO Kota Bharu kepada Pas Kelantan dengan nilai jualan RM4.5 juta.

Perjanjian jual beli bangunan itu ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan, Mohd. Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda Pas negeri diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman dan disaksikan Pesuruhjaya Pas negeri yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sementara itu, proses penyerahan kunci bangunan itu kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan dikatakan akan dilakukan secara rasmi tengah hari esok.

Nik Abdul Aziz ketika mengulas mengenai jual beli itu berkata, bangunan berkenaan akan diberikan kepada Pemuda Pas Kelantan sebagai pusat operasi mereka.

Kata beliau, pembelian itu juga membuktikan Pas kini semakin kukuh dan stabil di Kelantan berbanding UMNO yang didakwanya semakin lemah.

"Sampai bangunan UMNO pun kita boleh beli, jadi inilah buktinya kita semakin berkuasa di Kelantan," jelasnya pada sidang akhbar selepas itu.

Bagaimanapun, ditanya mengenai sumber dana yang digunakan untuk membeli bangunan itu, beliau mengelak daripada menjelaskannya.

April lalu, UMNO Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan.

Tuntutan berkenaan telah berterusan melibatkan proses mahkamah dan sehingga hari ini belum ada kata putus yang dibuat.

Berita2 susulan
1. Dana Pemuda Pas Kelantan diguna beli bangunan UMNO Kota Bharu
2. Pemuda Pas Kelantan, Zaid tidak bermoral
3. UMNO Kota Bharu pertikai penjualan bangunan


1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

25.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net