Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 6-Oct-2010 16:30 Email | Share | Bookmark
PKR - Lagi Pembantu Anwar muntah cerita

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Lotus Curry House, Port Klang, Selangor

Sidang media petang ini telah diganggu oleh sekumpulan samseng India yang menghalang Rahimi Osman dari bercakap kepada pihak media. Kumpulan tersebut yang dipercyai menganggotai PKR, telah mengherdek, memaki hamun hingga menyebabkan sidang akhbar tersebut dibatalkan> Semasa pihak media menerima notis dari Rahimi, sudah kedengaran desas desus bahawa satu kegemparan besar akan berlaku petang ini. Kemungkinan besar yang kami jangkakan ialah pengumuman bahawa Rahimi juga telah menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim. Kehadiran pihak media seperti diduga melebihi jangkaan .
Rahimi Osman sebelum sidang akhbar telah pergi membuat laporan.

Latarbelakang Muhamad Rahimi bin Osman dalam senario Anwar dan Saiful boleh diperolehi di SINI

Quote:
MEDIA ADVISORY
6 October 2010

Press Conference

Rahimi Osman – ex-aide to Datuk Seri Anwar Ibrahim sets the record straight on the on-going sodomy trial.

Please be advised that Rahimi Osman will be having a press conference as follows:

Date: 6 October 2010 (Wednesday)
Time: 4:00 p.m.
Venue: The Lotus Restaurant
No. 1, Jalan Dato Dollah
off Persiaran Raja Muda Musa,
Klang
(Venue Contact: 03-3373 7322).

Isi kandungan laporan Polis oleh Muhamad Rahim bin Osman (25 tahun 2 bulan)
Quote:
Pengadu menyatakan:-

Saya telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada bulan Jun 2008 mengenai DSAI dan Saiful. Akuan bersumpah yang telah saya tandatangan itu adalah tidak benar dan tidak dikarang oleh saya sendiri. Saya terpaksa menurunkan tandatangan kepada akuan tersebut kerana risaukan keselamatan diri saya, memandangkan pada ketika itu terdapat ratusan penyokong dan orang kana Dato Seri Anwar berada dikeliling Quality Hotel, tempat saya diminta untuk menurunkan tandatangan. Setelah Saiful Bukhari membuat repot Polis mengenai dia diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, orang orang Dato Seri Anwar Ibrahim dan juga peguamnya bernama Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli telah memaksa saya untuk tinggal di Quality Hotel Shah Alam untuk beberapa hari. Saya ditahan disitu bersama seorang lagi rakan. Mereka kemudiannya telah meminta saya menurunkan tandatangan kepada akuan bersumpah, yang saya tidak langsung bersetuju dengan kandunhannya.

Akuan bersumpah pertama ditandatangani pada malam 28 Jun 2008, dan akuan bersumpah kedua yang telah dipinda kandungannya untuk memalit nama dan menfitnah Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor bahawa mereka terlibat merancang konspirasi terhadap DS Anwar Ibrahim dalam kes liwat ini. Akuan bersumpah kedua ini ditandatangani selepas bebrapa hari saya ditahan di Quality Hotel Shah Alam dihadapan satu pesuruhjaya sumpah yan say tidak kenali di Old Town, Petaling Jaya.

Kandungan kedua dua akuan bersumpah itu adalah tidak benar sama sekali. Dan saya dipaksa untuk menandatanganinya. Saya juga tidak diberi sebarang salinan kepada kedua-dua akuan bersumpah tersebut. Disebabkan akuan bersumpah itu tidak benar, saya sekarang ingin menceritakan perkara yang sebenarnya, maka saya telah membuat satu lagi akuan bersumpah yang baru hari ini yang mengandungi cerita benar. Saya kemukakan akaun bersumpah tersebut dengan laporan saya.

Beberapa bulan yang lalu saya telah ditelefon oleh Latheefa Koya untuk menandatangani satu lagi akuan bersumpah yang baru kerana dia mengatakan bahawa akuan bersumpah yang telah saya tandatangani sebelum ini telah hilang. Namun saya tidak melayan mereka dan cuba sedaya upaya menjauhkan diri dari mereka.

Dan saya juga meinta untuk perlindungan saksi kerana saya ada kemungkinan besar saya akan menjadi saksi dalam kes liwat Dato Seri Anwar. Saya juga perlu perlindungan daripada pihak Polis kerana saya fikir selepas laporan ini dibuat, kemungkinan besar saya akan diganggu dan diancam keselamatan saya dan keluarga.

Quote:

---------- Forwarded message ----------
From: Salam Reform <salamreform@gmail.com>
Date: 2010/10/7
Subject: Nafi ahli: Reformis kesal kenyataan timbalan presiden

7 Oktober 2010

Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR, Yang Berhormat Senator
Dr. Syed Husain Ali bahawa kumpulan yang mengganggu sidang media bekas
pembantu Anwar Ibrahim, Rahimi Osman, semalam bukan ahli PKR dan
diupah sendiri oleh Rahimi Osman.

Aktivis Reformasi tampil untuk membantu YB Senator Timbalan Presiden
untuk mengenal pasti kumpulan yang dimaksudkan. Antara yang bersama
kumpulan tersebut adalah:

1. Sdr. Puspa seorang ahli dan aktivis parti yang telah berjuang sejak 1998.

2. Sdr. Rama aktivis parti dari cabang Lembah Pantai yang juga pernah
menyumbang satu unit penghawa dingin kepada pejabat Ahli Parlimen
Lembah Pantai.

3. Sdr. Krisnasamy, mantan Timbalan Pengerusi PKR Klang.

Aktivis berasa teramat kesal terhadap kenyataan YB Senator Timbalan
Presiden yang tidak mengenali ahli dan aktivis parti yang telah banyak
memberi sumbangan serta berjuang semenjak 1998. Tindakan YB Senator
menafikan keahlian dan penglibatan kumpulan ini di dalam Parti telah
mengecilkan hati banyak pihak. Aktivis Reformasi dan ahli-ahli Parti
memohon kepada pucuk pimpinan PKR agar penafian seperti ini tidak
berulang lagi.

Salam reformasi.




1 & 2

3 & 4

5.

6.

7.

8.

9.

10.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net