Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 27-Sep-2010 10:30 Email | Share | Bookmark
PKR - Saifuddin perjelas proses pemilihan

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Ibepejabat PKR, Merchant Square, Tropicana Damansara, Selangor

KENYATAAN MEDIA

PKR akan menyelesaikan mesyuarat agung tahunan cabang-cabang nya diseluruh Negara pada Ahad 3hb Oktober 2010.

Sejak Jumaat 17hb September 2010, daripada 166 cabang, 96% atau 159 cabang PKR telah menyempurnakan mesyuarat agung dan pemilihan kepimpinan cabang masing-masing.

39 cabang lagi akan melengkapkan jadual mesyuarat agung masing-masing pada penghujung minggu ini.

Kami menyedari 7 cabang atau 4% daripada 166 cabang-cabang yang disebutkan tidak berupaya meneruskan proses pemilihan dan mesyuarat agung ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR. Ianya meliputi cabang-cabang Klang, Kapar, Petaling Jaya Selatan, Kuala Langat, Jerai, Merbok dan Kuala Nerus.

Laporan Interim Jawatankuasa Pemilihan Pusat kepada Setiusaha Agung PKR membuat kesimpulan bahawa penangguhan mesyuarat agung cabang-cabang tersebut berpunca daripada masalah-masalah tadbir seperti kelewatan kehadiran pengawas pemilihan, kehadiran anggota-anggota parti yang melebihi daripada yang dijangkakan berbanding tahun tahun pemilihan 2007 dan 2004, dan percetakan kertas-kertas undi.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat juga merumuskan bahawa permasalahan yang berlaku di cabang-cabang yang bermasalah nyata berpunca daripada bangguan yang dicetuskan oleh orang-orang yang bukan anggota parti, disamping provokasi anasir yang dipercayai didalangi untuk memberi gambaran negatif atas keupayaan PKR untuk mengendalikan pemilihan.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat juga sedang menyemak dan meneliti laporan terperinci yang dikemukan oleh pengawa-pengawas yang bertugas diseluruh Negara termasuk dari cabang-cabang yang bermasalah, disamping menimbang aduan dan rayuan dari anggota-anggota parti bersangkutan dengan proses pemilihan dan perjalanan mesyuarat agung tahunan cabang.

Suatu yang amat memberangsangkan ialah keghairahan luarbiasa anggota-anggota parti untuk mengambil bahagian aktif dalam peoses pemilihan parti, meskipun PKR baru memperkenalkan system pemilihan langsung sebagai lamgkah memperkemaskan demokrasi di dalam parti.

Justeru PKR yakin natijah perlaksanaan kaedah “One Person One Vote” adalah satu keputusan yang tepat lagi mengukuhkan parti dari segi jangka masa panjang dalam proses pendidikan demokrasi kepada rakyat.

Saifuddin Nasution bin Ismail
Setiausaha Agung PKR



1. 18 peti undi Cabang Kota Raja sedang dikawal didalam ruang di belakang roller shutter ini. Process pengiraan akan bermula bila bila masa saja lagi. Dr Xavier dan penyokong beliau maseh berlegar legar disekitar ibupejabat PKR setelah membawa lari peti2 undi tersebut dari pusat pengundian ke ibupejabat parti malam tadi.

2.

3. Vasantha Kumar Krishna calun yang bertanding di Jerai. Mesyuarat disana digantung.

4.

5.

6.

7.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net