Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 13-Jul-2010 15:00 Email | Share | Bookmark
Kemelut Pasir di Selangor




Kes pasir ini semakin menarik perhatian ramai orang yang perihatin mengenai pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Ringkasan apa yang diperkatakan oleh Khalid adalah seperti berikut

1. Permit melombong telah dikeluarkan kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd

2. Kelulusan melombong dan pengurusan alam sekitar telah diluluskan oleh jabatan2 yang terbabit.

3. Perunding alam sekitar Enviro Enhance Sdn Bhd (EESB) dilantik sebgai pemantau projek. Laporan bulanan disediakan oleh perunding tersebut.

4. EESB berpendapat bahawa operasi KSSB tidak menjejaskan alam persekitaran termasuk Paya Indah Wetlands. KSSB telah menyediakan kawasan penampan selebar 20 meter memisahkan kawasan lombong dengan Paya Indah Wetland.

5. Saiz lombong ialah 120 ekar bukan 120 hektar seperti didakwa.

6. Kawasan operasi lombong ialah 60 ekar.

7. Chong Weng Trading yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang perlombongan pasir telah dilantik sebagai kontraktor melombong.

8. Setakat ini 400,000 MT pasir bernilai RM7 juta telah dijual bukan 10,000,000 MT bernilai RM120 juta seperti didakwa.

9. 10,000,000 MT pasir memerlukan 500,000 lori pengangkut dalam masa 2 minggu yang didakwa. Kelengkapan yang ada di lombong Dengkil tersebut pun tidak berupaya menghasilkan 10,000,000 MT pasir yang didakwa.

Nampak gayanya orang yang memantau kena lebih teliti dalam membuat tinjauan, kajian dan rumusan sebelum membuat sebarang dakwaan. Kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya. Esok saya akan mengikuti rombongan memantau perlombongan pasir sungai pulak. Tunggu laporan yang bakal menyusul.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net