Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 1-Jul-2010 09:34 Email | Share | Bookmark
Pengalaman Pelek - Pernahkah anda mengalaminya?

Balik dari Muktamar PAS, kamera buat hal lagi… kali ketiga masuk workshop tahun ini. Sementara nak tunggu ada rezeki ambil balik kamera dari service center, saya nak berkongsi dengan para pelayar pengalaman pelek yang saya lalui malam Jumaat lepas.

Selepas menunaikan solat Isyaq dan solat2 sunat rutin yang lain saya pun masuk tidor pada lebih kurang jam 12.30 malam. Tidak lama selepas melabuhkan tubuh saya ke katil saya pun terlelap.

Saya bermimpi berada dalam satu bangunan yang dipenuhi kepingan dan butiran emas. Ramai orang yang kehulu kehilir mengaut emas2 tersebut. Saya ternampak sekeping emas sebesar setengah meja makan yang terukir diatas nya ayat kursi (kalau saya tak silap) saya pun terus memeluk kepingan tersebut untuk mengelak orang yang lalu lalang memijak nya. Ketika itu juga terjaga dengan kedua dua tangan terlekap didada.

Saya beristighfar dan secara spontan memohon “Ya Allah bawa lah aku melihat kebesaran ciptaan mu sekali lagi”. Dengan tiba2 saya berasa seolah olah saya berada diatas roller coaster yang bergerak laju dengan angin kuat meniup seluruh tubuh saya yang turut begegar dengan kuat.

Tetiba saja saya terdengar dengan sayup2 bunyi “kroooogghhhh”. Makin lama makin kuat bunyi tersebut. Bila saya buka mata rupa2 nya isteri saya yang berkeroh betul2 disebelah telinga saya…hahaha..

Saya aleh kan kedudukan saya sedikit ketepi dan memohon sekali lagi. Pengalaman yang sama berulang lagi…..dan sekali lagi saya dikecewakan dengan bunyi kerohan yang sama. Lalu saya kejutkan isteri saya dan menceritakan pengalaman yang saya lalui.

Dengan berseloroh saya berkata kepada isteri saya, “Kalau you tak berkeroh tadi mungkin I dah boleh bawa balik buah tangan untuk bayar bukan setakat duit repair camera, dengan camera baru pun dah boleh beli”. Dia tak ambil pusing pun dan terus sambung tidor…..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net