Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 29-Jun-2010 16:15 Email | Share | Bookmark
PKR - Khalid akan bercuti seminggu

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Bilek Media, Tingkat 20, Bangunan SUK, Shah Alam

Petikan dari MALAYSIAKINI

Quote:
Tan Sri Khalid Ibrahim yang akan bercuti selama lima mulai esok, berkata kedudukan beliau sebagai menteri besar Selangor tanpa berkuasa dalam parti di peringkat negeri, merupakan satu "cara pentadbiran baru."

Bermula esok, Khalid akan ke Singapura bagi menghadiri Persidangan Bandar Sedunia esok dan seterusnya ke Brisbane, Australia untuk menghadiri satu sesi perbincangan dengan para graduan terpilih University of Queensland.

Katanya, penyusunan kuasa seperti ini juga bagi memastikan tiada konflik kepentingan di kalangan pentadbir kerajaan dan juga pemimpin parti.

"Ini satu pembaharuan, satu inovasi. Satu isu lagi ialah untuk mengelakkan konflik kepentingan. Seorang jaga negeri, seorang lagi jaga parti," katanya.

Ditanya lanjut, beliau berkata, perubahan seperti itu juga perlu bagi memastikan Pakatan Rakyat akan kekal memerintah Selangor.

"Pakatan akan membuat beberapa perubahan dari masa ke semasa tapi mensesuaikannya dengan keadaan.

"Untuk negeri Selangor, satu daripada perkara yang terpenting ialah selain daripada kita mentadbir dan menentukan pembangunan negeri, kita juga mesti memantapkan (sokongan politik) untuk menentukan pakatan rakyat akan terus memerintah di negeri Selangor," katanya.

Bercakap di sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini, Khalid juga berkata media tidak perlu mencampuri urusan pelantikan akan penarikan jawatan pemimpin parti.

"Tak ada, itu you tak payah campur. Kita tak payah campur pihak tersebut. Ini pasal letak jawatan, terima jawatan, ini tak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang ditimbulkan mengenai kedudukannnya sebagai menteri besar di Selangor.

"Yang termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat dan PKR ialah memantapkan pertubuhan supaya kita membawa satu pembaharuan dalam pentadbiran negara dan akhirnya menjadi contoh bagaimana Malaysia akan diurus untuk masa depan," katanya lagi.


Quote:

KENYATAAN AKHBAR
29 JUN 2010

KSSB MELAKSANAKAN INTIGRITY PACT UNTUK ELAK RASUAH


SHAH ALAM: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju untuk memulakan pelaksanaan Integrity Pact yangdimulakan dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang dimiliki sepenuhnya Menteri Besar Pemerbadanan (MBI).

Ini bermakna, semua pesarta tender yang bersaing untuk memenangi kontrak perlombongan pasir dengan KSSB diminta untuk menandatangani Integrity Pact untuk memastikan ketelusan dan kebertanggunjawaban dalam aktiviti perniagaan mereka.

Perjanjian itu akan memastikan semua pihak yang telah menandatangani Integrity Pact tidak melakukan rasuah dalam bentuk wang tunai atau lain-lain yang dikategorikan rasuah.

Kerajaan Selangor akan bekerja sama denga Transparency International yang telah setuju untuk membimbing dan memberi nasihat kepada KSSB dalam merangka, menandatangani dan melaksanakan Integrity Pact. Kerajaan Negeri yakin KSSB adalah organisasi terbaik untuk memulakan pelaksanaan Integrity Pact susulan pelbagai kritikan terhadap syarikat ini.

Integrity Pact membolehkan KSSB meningkatkan kecekapan dan mengelak risiko berlakunya rasuah. Cara ini juga dapat meningkatkan kesedaran awam mengenai sistem perolehan KSSB dan secara langsung menaikkan lagi reputasi dan imej syarikat.

Perjanjian ini akan membolehkan semua pemegang saham iaitu KSSB dan syarikat-syarikat yang mendapat kontrak perlombongan pasir untuk menjauhkan diri dari rasuah dan penyelewengan untuk terus kekal sebagai peneraju utama industri perlombongan pasir di negeri ini.

Kerajaan Negeri akan membawa keputusan ini kepada Ahl Lembaga Pengarah KSSB untuk dilaksanakan serta merta. Dengan pelaksanaan Integrity Pact di KSSB ini, Kerajaan Negeri berharap perjanjian ini dapat diterapkan dalam projek dan jabatan kerajaan yang lain.

Perjanjian ini melengkapkan lagi usaha-usaha yang telah dilakukan Kerajaan Selangor seperti mengklasifikasikan semula dokumen, minit mesyuarat, tender terbuka dan tidak lama lagi akan membentangkan Enakmen Kebebasan Maklumat pada sidang Dewan Negeri Selangor pada Julai ini.

Semua langkah ini membuktikan komitmen penuh Kerajaan Selangor terhadap prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pentadbirannya.

TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR


1.

2.

3.

4.

5 & 6

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13. Paul Low dari Transparanecy International


Penerangan mengenai mekanisma Transparency Pact


14.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net