Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 13-May-2010 10:30 Email | Share | Bookmark
P212 - Pelancaran Ekspres Ekonomi Borneo

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Pejabat Pos, Sibu, Sarawak

RM10 juta untuk transformasi Pos Malaysia di Sabah, Sarawak

SIBU 13 Mei - Kerajaan akan melaksanakan pelan transformasi perkhidmatan Pos Malaysia di Sabah dan Sarawak yang akan menelan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM10 juta.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perbelanjaan bagi pelan transformasi tersebut disumbangkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurutnya, jumlah perbelanjaan berkenaan membabitkan kerja-kerja transformasi, penghantaran serta surat-menyurat di samping menentukan piagam baru bagi Pos Malaysia.

"Menerusi transformasi ini juga, kita akan melantik Posmen Komuniti di kalangan penghulu, ketua kampung atau ketua kaum seramai 200 orang di Sarawak dan 200 orang lagi di Sabah di samping menaik taraf 1,000 wakil pos.

"Program ini dijangka meningkatkan mutu perkhidmatan serahan Pos Malaysia kepada penduduk di kawasan luar bandar di Sabah serta Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Perkhidmatan Ekspres dan Pelan Pembangunan Pos Luar Bandar Sabah dan Sarawak serta Penyampaian Anugerah Khas Menulis Surat Kepada Perdana Menteri di Pejabat Pos Sibu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rais memberitahu, Pos Malaysia melalui perkhidmatan Pos Laju akan menawarkan produk baru, Ekspres Ekonomi Borneo (EEB) sebagai permulaan di Sarawak.

Katanya, EEB adalah perkhidmatan penghantaran bungkusan melebihi dua kilogram dari Sarawak dan Sabah ke Semenanjung dan sebaliknya, pada kelas ekonomi.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11. Pemenang peraduan Menulis Surat Kepada Perdana Menteri

12.

13.

14.

15.

16.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net