Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 3-May-2010 15:30 Email | Share | Bookmark
GEMPAK Minta Semua Bertenang

 
 
Venue : Restoran Kari Kepala Ikan Kg Pandan, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur

Kenyataan Media
Quote:



• Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berikut adalah kenyataan akhbar sidang media oleh GEMPAK (Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan) berikutan kes ramaja mati tertembak oleh pihak Polis di Shah Alam.

• Pihak kami melahirkan rasa sedih dan terharu kepada keluarga Aminul di atas kejadian ini lebih-lebih lagi beliau adalah salah seorang pelajar dan remaja di bawah umur.

• Walaupun kejadian telah pun berlaku, namun diharapkan ia akan menjadi pengajaran kepada semua pihak sama ada ibu bapa atau pihak berkuasa. Bagi ibu bapa kita perlu mengambil tahu di mana anak kita berada lebih-lebih lagi selepas tengah malam kerana ia lebih banyak mengundang perkara-perkara negatif. Bagi pihak polis pula, segala tindakan yang diambil mestilah berdasarkan undang-undang.

• Dalam hal ini, kami meminta semua pihak bertenang dan tidak mengeksploitasikan isu ini untuk kepentingan politik dan memberi ruangan kepada Polis untuk menyiasat secara terperinci dan tidak terus membuat kesimpulan dan andaian-andaian negatif.

• Kami percaya dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam seperti ini, siasatan yang dibuat perlu telus, adil dan menyeluruh seperti kes Kugan, rakaman perempuan Cina bogel di dalam lokap dan lain-lain.

• Pihak kami berharap dan percaya benar di atas jaminan oleh IGP bahawa mana-mana anggota polis yang bersalah tidak akan dilindungi.

• Setiap kebenaran akan terserlah dan biarkanlah mahkamah membuat keputusan dan kami berharap masyarakat tidaklah pula mendahului keputusan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman kepada mana-mana pihak.

• Pihak kami berharap tidak ada mana-mana pihak yang cuba menangguk di air yang keruh untuk menjadi juara, mengambil kesempatan sehingga menyusahkan soal siasat yang sedang dijalankan oleh pihak yang berwajib.

• Jangan kerana nila setitik, andaian negatif yang kita tohmahkan kepada pasukan keselamatan sehingga segala jasa dan pengorbanan mereka dilupakan begitu sahaja.

• Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada semua wartawan, wakil media, bloger dan semua jemputan yang dapat hadir di majlis sidang media ini. Kerjasama yang diberikan amat kami hargai.

Timbalan Pengerusi I-Saudara Yaakop Baba
Timbalan Pengerusi II-Saudara Aziz Nani
Timbalan Pengerusi III-Saudara Rahimuddin Md Harun


1.

2.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net