Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 22-Apr-2010 11:00 Email | Share | Bookmark
P094 - BN Rosmah Turun Padang

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Felda Soeharto, Hulu Selangor

Rosmah Turut Luang Masa Berkempen Di Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 22 April (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor tidak melepaskan peluang berkempen bagi meraih undi penduduk di Felda Kampung Soeharto bagi calon Barisan Nasional (BN) P.Kamalanathan.

Ketika merasmikan Program Sentuhan Kasih 1Malaysia anjuran Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (Kasih) di sini hari ini, beliau meminta penduduk memilih Kamalanathan yang sudah berjanji untuk berusaha keras demi kepentingan masyarakat.

"Kalau dia jadi wakil rakyat di sini, bila ada masalah, anda semua boleh berjumpa dan beliau akan panjangkannya kepada pemimpin tertinggi yang lain," katanya.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.

Rosmah, yang juga Yang Dipertua Kasih, berkata penduduk di situ juga sewajarnya menghargai jasa BN yang telah memperjuangkan nasib peneroka Felda sejak berpuluh tahun yang lalu.

"Di bawah naungan kerajaan BN, perkembangan, kemajuan dan kebajikan peneroka Felda sentiasa diberi perhatian utama sehingga ada yang menjadi jutawan dan anak-anak peneroka ramai yang sudah ke menara gading serta memegang jawatan tinggi," katanya.

Pada majlis itu, Rosmah turut menyerahkan sumbangan kepada tujuh pusat Pemulihan Dalam Komuniti di kawasan Parlimen Hulu Selangor bagi membiayai kos program latihan dan aktiviti masing-masing.

Pada majlis yang sama, Ahmad menyerahkan surat pinjaman perumahan kepada 49 penduduk dari empat rancangan Felda di kawasan Hulu Selangor.

Katanya peruntukan itu sudah diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau datang sini awal bulan ini.

Jumlah keseluruhannya ialah RM6.1 juta bagi 158 peneroka sekitar Hulu Selangor.

"Tujuannya untuk menceriakan dan mengindahkan rumah peneroka dan hasrat Datuk Najib agar tak ada lagi rumah-rumah asal macam dulu. Kita juga nak jaga kebajikan mereka dan nak adakan perubahan pada kehidupan mereka," katanya.

Ahmad berkata purata RM30,000 dan RM40,000 pinjaman tanpa faedah diberikan kepada peneroka yang layak dan ia perlu dibayar dalam masa 20 tahun pada kadar kurang daripada RM300 sebulan.

-- BERNAMA

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8 & 9

10 & 11

12 & 13

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

25.

26.

Persembahan yang membuatkan Rosmah dan para hadirin terhibur

27.

28.

29.

30. Rosmah Mansor, bergambar kenangan dengan para penerima sumbangan sebanyak RM 1,000 bagi membiayai kos program latihan dan aktiviti tujuh pusat pemulihan dalam komuniti sempena program sentuhan kasih 1 Malaysia

31. Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan bakat anak2 istimewa

32.

33.

34.

35.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net