Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 6-Apr-2010 15:30 Email | Share | Bookmark
PERKASA - Pertahan Perlembagaan

 
 
 
 
Venue : Tingkat 8, Grand Seasons, Jalan Pahang, Kuala Lumpur

Perkasa buat laporan polis terhadap Karpal

KUALA LUMPUR 6 April - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), akan membuat satu laporan polis terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang didakwa mempersoalkan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar tabloid semalam.

Ketua Wiranya, Arman Azha Abu Hanifah berkata, laporan itu akan dibuat pada pukul 10:30 pagi esok di Balai Polis Sentul dan tindakan serupa juga akan dilakukan oleh ahli pertubuhan itu di seluruh negara.

"Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum supaya membuat laporan polis terhadap Karpal kerana tindakannya itu boleh menggugat ketenteraman negara.

"Beliau tidak layak untuk menjadi pemimpin pembangkang sekalipun di negara ini," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor antara lain didakwa berkata, bilakah warganegara Malaysia yang lain akan mendapat hak yang sama rata seperti yang dinikmati oleh orang Melayu berdasarkan konsep 1 Malaysia.

Sementara itu, Arman turut menyifatkan Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr. Teng Hock Nam dan Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Low Chew June sebagai 'buta' Perlembagaan Negara kerana melabelkan pejuang Perkasa sebagai rasis.

"Adakah tindakan Perkasa mempertahankan Perlembagaan yang menjadi asas kepada pembentukan negara boleh dikatakan bersifat perkauman?" katanya.

"Mereka berdua beranggapan demikian kerana mereka sendiri 'buta' perlembagaan dan tidak memahami kandungannya," kata beliau.

Katanya, Perkasa akan 'menghadiahkan' buku Perlembagaan Negara yang berharga RM25 kepada kedua-dua pemimpin itu dan berharap gar mereka akan celik selepas ini.

1.

2 & 3

4.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net