Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 2-Apr-2010 16:35 Email | Share | Bookmark
PRK P094 - Muhyiddin Lawat Kg Sentosa

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Masjid Kg Sentosa, Hulu Yam, Selangor

RM2j atasi banjir Kg. Sentosa

HULU SELANGOR 2 April - Kira-kira 2,000 penduduk Kampung Sentosa, Batang Kali boleh menarik nafas lega apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di kawasan itu.

Pengumuman berkenaan dibuat Timbalan Perdana Menteri pada majlis ramah mesra bersama penduduk selepas menunaikan solat asar berjemaah di Masjid Kampung Sentosa, di sini hari ini ini.

Beliau berkata, peruntukan itu adalah selaras dengan prinsip rakyat didahulukan yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia.

"Saya percaya dengan keputusan ini Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mengambil tindakan seberapa cepat yang mungkin.

"Apabila selesai projek ini, masalah yang sekian lama berlaku akan menjadi sejarah, insya-Allah," katanya sewaktu berucap di majlis tersebut.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Mohd. Isa Abu Kassim dan ADUN Hulu Bernam, Datuk Mohd. Idrus Bakar

Terdahulu Muhyiddin diberikan taklimat berhubung masalah banjir itu oleh Jurutera Daerah Hulu Selangor, Morni Buang.

Masalah banjir di kawasan itu berlaku apabila sistem parit dan saliran tidak dapat menampung limpahan air Sungai Sentosa yang terletak bersebelahan kampung berkenaan.

Pada tahun lalu sahaja, kampung berkenaan dilanda banjir dua kali dengan kedalaman kira-kira lima meter.

Pada majlis berkenaan Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan kepada 18 mangsa banjir selain meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk meninjau sistem parit dan saliran di kampung tersebut.

Sementera itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM100,000 kepada Masjid Kampung Sentosa untuk pembelian van jenazah dan pembinaan tempat wuduk jemaah wanita yang akan disalurkan melalui ADUN Batang Kali.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10. Penerangan mengenai masaalah banjir oleh wakil JKR

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18

19.

20. Bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor dan dikatakan menjadi pilihan utama Samy Velu untuk bertanding kali ini, G.Palanivel.

21.

22.

23.

24. Macam2 pandangan dan pendapat

25.

26.

27. Kerja2 melobi harus diteruskan





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net