Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 25-Mar-2010 11:15 Email | Share | Bookmark
Perkasa Hantar Nota Bantahan Kepada Kedutaan Sweden

 
 
 
 
 
Venue : Kedutaan Sweden, Bangunan OSK, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Perkasa Hantar Nota Protes Kepada Kedutaan Sweden

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pada Khamis menghantar nota protes kepada kedutaan Sweden di sini, berhubung karikatur Larks Vilks yang membangkitkan kemarahan kaum Muslim di seluruh dunia.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali mengetuai satu kumpulan kira-kira 80 orang yang berkumpul di hadapan kedutaan itu sebelum menghantar nota berkenaan kepada Duta Besar Helena Sangeland yang menerima sendiri nota tersebut.

Ibrahim berkata nota protes itu menuntut supaya Sweden membuat permohonan maaf kerana menghina agama Islam dan kaum Muslim.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan nota itu Ibrahim berkata beliau menganggap akhbar yang menampilkan karikatur Lars Vilks itu sebagai satu 'usaha jahat' yang menyerang sensitiviti Islam dengan tujuan mewujudkan permusuhan.

Protes itu diadakan bagi membantah satu lakaran oleh pelukis Sweden Lars Vilks, 63, yang menggambarkan kepala Nabi Muhammad s.a.w. pada badan anjing, yang dikemukakan sebagai bahan pameran ke sebuah pusat warisan budaya Sweden.

Lakaran itu ditolak atas sebab-sebab keselamatan, namun sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya bersama sebuah editorial yang mempertahankan kebebasan bersuara, yang membawa kepada bantahan daripada negara-negara Islam. Beberapa hari kemudian tiga akhbar Sweden menyiarkan semula karikatur itu.

-- BERNAMA

1.

2.

3.

4.

5.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net