Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 16-Mar-2010 14:20 Email | Share | Bookmark
GELI Jemput Anwar Jadi Penasihat

GELI
GELI
GELI
Venue : Ibipejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Quote:

Mohd Hasri Macklin,
No 9GF, Jalan 15/1C,
Seksyen 15
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi
Selangor

Ruj saya : GELINYA/2010
Ruj tuan :
Tarikh : 15 hb Mac 2010

YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim,
Penasihat
Parti Keadilan Rakyat (Keadilan)
A-1-09 Merchant Square
No 1 Jalan Tropicana Selatan 1,
47410 Petaling Jaya,
Selangor

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,

YB Dato’ Seri,

Per: GELI Memohon Masa Temujanji Untuk Berjumpa Dengan YB Dato Seri

Saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

Saya adalah seorang rakyat marhaen yang secara peribadi mengkagumi YB Dato’ Seri. Saya bersama 269 orang lagi telah menyertai rangkaian facebook yang di kenal sebagai Gerakan Anti Liwat (GELI).

Sebagaimana yang telah YB Dato’Seri ketahui, kami telah membuat satu laporan polis pada 8 hb Mac 2010 di Balai Polis Bandar Baru Bangi berkaitan pengedaran VCD rakaman aktiviti harian YB Dato Seri pada tahun 2001 di penjara Sungai Buloh yang mana YB Dato Seri sedang menjalani hukuman penjara oleh rejim fitnah kerajaan Barisan Nasional.

YB Dato Seri juga telah memberikan kenyataan media dan di laporkan dalam Malaysiakini.com bahawa ”VCD:Ia satu fitnah kata Anwar-Malaysiakini”.

Berikutan daripada kenyataan YB Dato Seri tersebut, ini bermaksud GELI bersependapat dengan YB Dato Seri kerana kami juga yakin bahawa ini adalah perbuatan pemuda UMNO yang kehabisan modal untuk memburukkan reputasi

YB Dato Seri. Sebab itulah kami membuat laporan polis & mendesak agar pihak Kerajaan Malaysia menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat VCD tersebut sebagaimana kes VK Lingham 2 tahun yang lepas.

Oleh itu, GELI dengan ini memohon satu masa yang sesuai dengan kelapangan masa YB Dato Seri untuk berjumpa dengan YB Dato’ Seri, cukup barang 10 minit, untuk pihak GELI mendapatkan pandangan YB Dato’ Seri terhadap perkara berikut :-

i) Samada wajar untuk YB Dato’ Seri membuat laporan polis kerana fitnah berkenaan DAN/ATAU YB Dato Seri turut memfailkan saman sivil terhadap Jabatan Penjara & Kerajaan Malaysia kerana mencabuli hak privasi/peribadi YB Dato Seri ketika di dalam penjara;

ii) GELI ingin menawarkan jawatan PENASIHAT GELI kepada YB Dato’ Seri kerana GELI di tubuhkan sebagai Gerakan Anti Liwat. Untuk makluman YB Dato Seri, telah ramai anak muda melayu yang terlibat dengan gejala seks luar tabie ini. YB Dato’Seri adalah selaku idola kepada golongan muda dan pasti ramai yang akan turut serta dalam Kempen Anti Liwat yang bakal di lancarkan oleh GELI tak lama lagi jika geli di bimbing oleh YB Dato Seri.

iii) GELI memohon sokongan YB Dato Seri dan seluruh jentera Pakatan Rakyat agar turut sama mendesak kerajaan agar menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat siapa dalang yang cuba mengaibkan YB Dato Seri dengan mengeluarkan rakaman tersebut daripada penjara.

Semoga YB Dato Seri dapat melapangkan masa untuk bertemu dengan kami, ahli-ahli GERAKAN ANTI LIWAT (GELI)

Sekian dan terima kasih.



..................................
Mohd Hasri Macklin


1. Hasri Macklin berbaju hitam. Sebelah beliau ialah Mohammad Arshad Ishak.

2.

3.


Quote:

KENYATAAN MEDIA GERAKAN ANTI LIWAT (GELI)

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua yang hadir ke sidang media GELI ini. Nama saya Mohd Hasri Macklin. Saya adalah salah seorang daripada 249 ahli fanpage facebook Gerakan Anti Liwat (GELI). Pengasas GELI, Sdr Mohd Arshad Bin Ishak turut bersama pada hari ini.

Pada hari ini, GELI telah menyerahkan sepucuk surat kepada YB Dato Seri Anwar Bin Ibrahim. Dalam surat tersebut, GELI memohon untuk bertemu dengan YB Dato Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan pandangan beliau terhadap perkara-perkara berikut :-

i) Samada wajar untuk YB Dato’ Seri membuat laporan polis kerana fitnah berkenaan DAN/ATAU YB Dato Seri turut memfailkan saman sivil terhadap Jabatan Penjara & Kerajaan Malaysia kerana mencabuli hak privasi/peribadi YB Dato Seri ketika di dalam penjara;

ii) GELI ingin menawarkan jawatan PENASIHAT GELI kepada YB Dato’ Seri kerana GELI di tubuhkan sebagai Gerakan Anti Liwat. Untuk makluman YB Dato Seri, telah ramai anak muda melayu yang terlibat dengan gejala seks luar tabie ini. YB Dato’Seri adalah selaku idola kepada golongan muda dan pasti ramai yang akan turut serta dalam Kempen Anti Liwat yang bakal di lancarkan oleh GELI tak lama lagi jika geli di bimbing oleh YB Dato Seri.

iii) GELI memohon sokongan YB Dato Seri dan seluruh jentera Pakatan Rakyat agar turut sama mendesak kerajaan agar menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat siapa dalang yang cuba mengaibkan YB Dato Seri dengan mengeluarkan rakaman tersebut daripada penjara.

Pada 8 hb Mac yang lalu, GELI melalui Saudara Arshad telah membuat satu laporan polis di Bandar Baru Bangi berikutan penyebaran rakaman VCD YB DSAI ketika beliau berada di dalam penjara pada tahun 2001. YB DSAI telah memberikan reaksi beliau dan di laporkan dalam malaysiakini.com bahawa ”VCD:Ia satu fitnah kata Anwar-Malaysiakini”. Berikutan daripada kenyataan YB DSAI tersebut, GELI berpendapat adalah amat wajar jika YB DSAI segera membuat laporan polis dan memfailkan saman fitnah terhadap kerajaan Malaysia kerana mencabuli hak privacy beliau di dalam penjara. GELI berpendapat, jika YB DSAI tidak membuat laporan polis atau menyaman kerajaan Malaysia, rakyat marhaen seperti GELI akan menganggap bahawa VCD tersebut adalah benar dan bukan fitnah terhadap YB DSAI serta bertentangan dengan prinsip beliau yang memperjuangkan keadilan & kebenaran. Jika VCD tersebut adalah satu fitnah, GELI menyeru agar YB DSAI segera membuat laporan polis.

GELI juga sedang dalam perancangan untuk melancarkan Kempen Anti Liwat tidak lama lagi. Ini adalah kerana terlalu ramai anak muda terutamanya Melayu & beragama Islam telah mula terjebak dalam gejala seks luar tabie ini. Sebelum Allah SWT menurunkan bala sebagaimana yang di turunkan-NYA ke atas kaum Nabi Luth, maka adalah menjadi Fardhu Kifayah kepada GELI untuk mencegahnya. Oleh itu, GELI ingin menjemput YB DSAI untuk menjadi Penaung & Penasihat GELI untuk Kempen Anti Liwat ini. Seperti yang kita sedia maklum, imej YB DSAI sedang di cemarkan dengan pertuduhan liwat kedua terhadap beliau di mahkamah. Oleh itu, GELI percaya bahawa jika YB DSAI sanggup untuk menerima jemputan GELI ini, maka sedikit sebanyak imej YB DSAI akan dapat di pulihkan atas penglibatan beliau dengan satu gerakan rakyat yang menentang gejala liwat & gay.

GELI di tubuhkan untuk mendesak Kerajaan supaya menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk menyiasat kesahihan rakaman VCD YB DSAI di dalam penjara.GELI melihat kandungan VCD tersebut telah di manipulasikan oleh banyak pihak untuk kepentingan politik masing-masing. Di satu pihak, mereka menggunakan rakaman tersebut untuk menyatakan bahawa YB DSAI bersandiwara & berlakon ketika di khalayak umum sebagai lemah & uzur sedangkan sebenarnya di dalam penjara, YB DSAI adalah sihat & kuat. Satu kelompok lagi menuduh VCD tersebut sebagai fitnah untuk memburukkan imej YB DSAI. Rakyat keliru. Mana satu yang betul? Rakyat adalah pengundi. Rakyat mahu mengundi kebenaran. Oleh itu, GELI bersama rakyat berpendapat bahawa hanya dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja, kita akan dapat jawapannya. Dengan penubuhan Suruhanjaya Di Raja ini, semua yang terlibat dalam rakaman tersebut, pegawai penjara, jururawat, janitor dan sebagainya boleh di panggil untuk memberikan keterangan mereka. Selain itu, kita juga dapat membongkar siapa yang membuat rakaman tersebut & mendedahkan apakah motif beliau mengeluarkan rakaman tersebut dari penjara. Rakyat mahu tahu siapa yang benar dan siapa yang bersandiwara. Oleh itu, untuk mendesak kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya di raja ini, GELI memohon bantuan YB DSAI dan seluruh jentera Pakatan Rakyat. GELI hanya rakyat marhaen yang tiada kepakaran untuk mendesak sesiapa. Tetapi YB DSAI mempunyai kepakaran & keupayaan untuk membantu GELI.

Oleh itu, demi rakyat yang mahu mencari kebenaran & menjunjung kedaulatan undang-undang, GELI memohon untuk bertemu YB DSAI dalam kadar segera.

Terima kasih.

Sekian.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net