Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 4-Mar-2010 11:22 Email | Share | Bookmark
YBK - Jawapan Isu Tanah


HEBAHAN MEDIA
YAYASAN BASMI KEMISKINAN


JAWAPAN ISU-ISU TANAH YANG DIBANGKIT OLEH
KERAJAAN NEGERI SELANGOR


“Selepas ‘merampas’ tanah Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah, Kerajaan Negeri mengarahkan Jabatan Audit Negeri menyemak harta-harta lain yang dimiliki oleh YBK”.

Merujuk kepada kenyataan di atas, pihak Yayasan ingin menyatakan bahawa tidak ada peruntukan undang-undang dalam UNDANG-UNDANG TUBUH YBK, yang membolehkan Kerajaan Negeri Selangor mengaudit urusan kewangan YBK. Perkara ini jelas terkandung di dalam KLAUSA 16 UNDANG-UNDANG TUBUH YBK, yang turut memperuntukan bahawa hanya firma akauntan bertauliah yang dilantik Lembaga Pemegang Amanah berhak untuk mengaudit urusan kewangan YBK.

Bagaimanapun, kami tidak ada halangan kepada usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menyenaraikan dan mengaudit harta-harta yang telah diluluskan kepada YBK. Usaha tersebut akan turut mengesahkan kenyataan kami mengenai senarai tanah yang telah diluluskan kepada YBK.

Untuk makluman umum, projek-projek berikut telah dibangunkan ke atas tanah-tanah yang telah diluluskan kepada YBK.

1. TANAH DI SERENDAH ( 6 ekar)

Tanah ini telah dibangun sebuah Kompleks Asrama Kasih yang dibina pada tahun 1994 bagi menempatkan seramai 300 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak yatim dan fakir miskin. Sehingga kini seramai 2173 orang telah mendapat manfaat daripada program ini.

2. TANAH DI KUALA SELANGOR @ MUKIM API-API ( 5.4 EKAR)

Tanah ini telah dibangunkan sebuah Pusat Latihan Kemahiran yang dikenali sebagai Pusat Latihan YBK yang dibina pada tahun 1992. Sehingga kini PLYBK telah melahirkan seramai 1504 pekerja mahir. Antara kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kursus Mekanik Kenderaan Motor (Automotif), Kursus Lukisan Pelan, Kursus Lanskap, Kursus Elektrik dan Kursus Pemasangan Penyaman Udara.

3. TANAH DI RAWANG ( 8 EKAR) & SERENDAH ( 8 EKAR)

Tanah ini sedang dibangunkan sebagai projek perumahan dan kormesil sebagai usaha YBK untuk mempertingkatkan nilai tanah. Projek ini diharap dapat membiayai semua program pembasmian kemiskinan oleh YBK tanpa mengharap ehsan masyarakat di masa akan datang.

TANAH-TANAH MILIK YBK YANG MASIH BERALAMAT PEJABAT MENTERI BESAR

YBK mempunyai aset dan tanah di mana lokasinya melibatkan beberapa Pejabat Tanah Daerah:

1. Hulu Selangor
2. Kuala Selangor
3. Gombak
4. Petaling
5. Hulu Langat

Hanya tanah dimana Ibu Pejabat YBK beroperasi masih dialamatkan kepada Pejabat Menteri Besar Selangor. Walau bagaimanapun, tanah yang menempatkan dua rumah Semi-D ini telah dibeli sendiri oleh YBK iaitu:

1. H.S. (D) 63479 PT 312
2. H.S. (D) 34969 PT 125
3. H.S. (D) 34968 PT 124
4. H.S. (D) 63478 PT 311

( Keluasan keempat-empat lot di atas ialah 615 meter persegi).

Pihak Pengurusan YBK sedang menghubungi Pejabat Tanah Petaling mengenai pertukaran alamat baru YBK iaitu di No 32 & 34, Jalan SS7/24 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

KENYATAAN AKHBAR
3 MAC 2010
MENTERI BESAR ARAH HARTA DAN ASET YBK DIAUDIT SEBELUM LAPORAN PENUH DIKELUARKAN


SHAH ALAM: Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri hari ini dimaklumkan bahawa Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) tidak mengemas kini maklumat apabila notis tunggakan cukai tanah masih menggunakan alamat pejabat Menteri Besar Selangor di Tingkat 21 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) di sini.

Sehubungan itu, kerajaan negeri membuat keputusan supaya Jabatan Audit melakukan audit terhadap semua harta dan aset yang dimiliki oleh yayasan itu.
Antara harta dan aset yang dikenal pasti dimiliki YBK termasuk tanah di Pusat Bandar Rawang, Serendah, Shah Alam, Mukim Api-api di Kuala Selangor seluas 5.4 ekar termasuk sebuah bangunan serta rumah-rumah milikan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata audit itu perlu dilakukan kerana banyak maklumat mengenai YBK yang tidak dikemas kini sebelum laporan kertas putih (laporan penuh) dikeluarkan.

"Kerajaan negeri sudah ada senarai semua harta dan aset YBK dan kita mahu memeritahu kepada rakyat.

"Bagaimanapun, sebelum kita memaklumkan kepada orang ramai, kita mahu memastikan maklumat ini sudah diaudit dan tepat," katanya.


SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR



--
Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor
Tel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net