Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Mar-2010 13:30 Email | Share | Bookmark
YBK - Lawatan ke Tanah Cadangan UITM

Venue : Serendah, Ulu Selangor, Selangor

1. Kawasan riadah Air Terjun Serendah ini pada asal nya telah diserah milik kepada Permodalan YBK (PYBK). PYBK telah menyerahkan semula hakmilik tanah tersebut kepada Majlis Daerah memandang kawasan tersebut lebih sesuai untuk kegunaan riadah awam. Pembangunan kawasan riadah ini dilakukan sepenuhnya oleh pihak Majlis Daerah Serendah.

2.

3.

4.

5.

6. Dato' Zainal menegaskan bahawa ekosistem persekitaran projek akan dipelihara dan dijaga sepenuhnya dan tidak akan melibatakan pencemaran air sungai apabila projek dimulakan. Projek UITM yang dibatal kan dikawasan ini merupakan projek katalis / pemangkin yang diharapkan dapat membawa masuk empat lagi universiti untuk beroperasi disini. Kawasan ini amat sesuai untuk tujuan penyelidikan memandangkan diversiti flaura dan fauna yang terdapat disini. Ketika kami meninjau kawasan ini maseh berkabus nipis walaupun sudah pukul 1.30 tengah hari.

7. Keluasan tanah projek yang dipertikai melebihi 1600 ekar. Jarak sempadan tanah dari kawasan riadah ini cuma 1 km melalui jalan tanah merah menyusur bukit.

8. Pintu masuk kekawasan apartment di Serendah Golf Resort.

9. Terdapat surau yang disediakan untuk penduduk kawasan ini dan juga pengunjung R & R yang berada 100 meter dari pintu masuk

10 Keseluruhan projek ini dibangunkan oleh MK Land. Projek ini telah pun siap sepenuhnya dan kebanyakkan unit bungalow dan apartment telah dijual kepada pelabor2 dari Singapura yang mengharapkan pembangunan dikawasan Serendah dan persekitaran nya dapat membawa pulangan yang menarik kepada pelaburan mereka. Projek ini termasuk kelab golf telah dijual seterusnya kepada Serendah Golf Resort (SGR).
Keadaan kawasan ini yang terbiar dan nampak usang disebabkan pembeli dari luar tidak mahu masuk menduduki unit2 yang dibeli. Mereka juga sudah mengambil tindakkan undang2 keatas Majlis Daerah Ulu Selangor mengenai tunggakkan cukai pintu dan bayaran perkhidmatan yang dipertikaikan. Mereka berpendapat bahawa bayaran yang dikenakan terlalu tinggi bagi jenis kediaman dan kawasan tersebut. Kes maseh lagi berterusan dan jalan penyelesaian maseh belum terbuka selain untuk mahkamah yang menentukan.

11. Menurut Dato' Zainal, pihak YBK telah pun mengadakan perbincangan dan telah mendapat persetujuan dari persatuan penduduk untuk menyewa keseluruhan blok apartment yang ada dikawasan ini untuk dijadikan asrama UITM. YBK akan bertanggungjawab untuk membaik pulih sepenuhnya apartment2 ini untuk digunakan oleh pelajar2 UITM. Malah dlaam perancangan YBK, satu blok akan dijadikan blok asrama untuk sewaan keluarga pelajar yang singgah melawat. Dari asrama para pelajar akan menaiki bas yang disediakan dari hub pengangkutan yang terletak 250 meters dari pintu masuk utama asrama.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net