Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 1-Mar-2010 16:30 Email | Share | Bookmark
PKR - Keputusan Terhadap Zul Ditunda

zulkifli noordin, mp kulim bandar bharu
zulkifli noordin, mp kulim bandar bharu
zulkifli noordin, mp kulim bandar bharu
zulkifli noordin, mp kulim bandar bharu
Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Prosiding bicara Zulkifli Noordin tangguh Khamis

KUALA LUMPUR 1 Mac - Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bersidang hari ini bagi membicarakan kes Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin ditangguhkan sehingga Khamis ini.
Utusan Malaysia difahamkan bahawa penangguhan prosiding itu terpaksa dibuat bagi membincangkan lapan perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen itu semasa menghadiri perbicaraan tersebut hari ini.

Prosiding itu diadakan bagi membicarakan Zulkifli yang mencetuskan kontroversi apabila membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada Pas dalam isu penggunaan kalimah Allah.

Setiausaha Agung parti itu, Saifuddin Nasutiaon Ismail pada 26 Januari lalu berkata Biro Politik PKR telah memutuskan untuk merujuk Zulkifli kepada lembaga disiplin itu.

Menurut beliau, sementara siasatan itu berjalan, Zulkifli tidak harus memberi sebarang kenyataan media bagi membolehkan proses itu diselesaikan mengikut saluran parti.

Berhubung perkara sama, Zulkifli pada sidang akhbar 16 Februari lalu memaklumkan beliau telah menerima notis untuk menghadiri prosiding lembaga disiplin itu pada 18 Februari dengan tarikh alternatif pada 23 Februari.

Bagaimanapun pada kedua-dua tarikh tersebut, beliau memberitahu tidak dapat menghadirinya kerana berada di Korea Selatan untuk mewakili parti ke sebuah persidangan di sana. Persidangan itu bermula pada 18 hingga 25 Februari.

Zulkifli pada sidang akhbar itu mendakwa wujudnya kumpulan tertentu dalam parti yang menggunakan lembaga disiplin untuk menendangnya keluar daripada parti.

Dalam pada itu, antara kenyataan panas terbaru Zulkifli selepas kembali ke tanah air ialah beliau menyifatkan pemimpin Islam yang bersetuju dengan cubaan pihak tertentu membatalkan sambutan Maulidur Rasul sebagai bajingan dan balaci.

Ahli Parlimen itu berkata, pemimpin Islam seperti itu umpama lalang akan mengikut segala rentak oleh pihak yang cuba membatalkan sambutan yang menjadi syiar bagi umat Islam di negara ini.

Zulkifli mengeluarkan kecaman tersebut dalam entrinya bertajuk Khutbah Maulidur Rasul dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com.

1.

2 & 3

4.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net