Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 21-Feb-2010 16:00 Email | Share | Bookmark
Penduduk Kampong Protes Juara Rakyat

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda, Permtang Pauh

Juara Rakyat meriah walau pembangkang bantah

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

BUKIT MERTAJAM 21 Feb. - Program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Permatang Pauh hari ini tetap mendapat sambutan hangat dengan lebih 1,000 penduduk menghadirinya walaupun ia mendapat bantahan pembangkang.

Pelbagai aktiviti dijalankan pada program bertema Bulan Kebajikan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda, Kubang Semang di sini.

Antara aktiviti yang dijalankan pada program yang bermula pukul 2 petang itu adalah pertandingan mewarna membabitkan penyertaan kanak-kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Selain itu, pihak penganjur turut mengadakan pertandingan menggubah manisan wajik selain pameran kerjaya oleh pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, semua pengunjung mengikuti aktiviti yang disediakan seperti biasa dengan gembira tanpa menghiraukan bantahan segelintir pihak di luar kawasan sekolah itu.

Terdahulu, kira-kira 100 penyokong pakatan pembangkang berhimpun di hadapan sekolah berkenaan bagi membantah lokasi penganjuran program tersebut.

Mereka berhimpun selama hampir dua jam bermula kira-kira pukul 2.40 petang sambil mendakwa UMNO menggunakan sekolah itu untuk menyebarkan dakyah kepada masyarakat setempat.

Sepasukan polis termasuk dari Unit Tindakan Ringan (LSF) turut ditempatkan di kawasan sekitar bagi mengawal keadaan. Namun tiada sebarang tindakan diambil ke atas mereka yang terlibat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd. Lah ketika ditemui pemberita di tempat kejadian berkata, pihaknya telah pun mengenal pasti individu yang dipercayai terlibat pada perhimpunan itu.

''Kita bukan tidak mengambil tindakan, kita sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa tetapi kita menggunakan pendekatan yang lebih diplomasi kerana tidak mahu sebarang kekecohan timbul.

''Mereka pun berhimpun secara aman dan kita juga telah berbincang dengan Pesuruhjaya Pas negeri, Salleh Man bagi meminta semua mereka bersurai segera, jadi tidak timbul soal polis tidak ambil tindakan," katanya.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7. Menyertai Rakan Cop

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net