Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 16-Feb-2010 10:24 Email | Share | Bookmark
Zul Noordin Tidak Akan Keluar PKR Buat Masa Ini

zulkifli noordin
zulkifli noordin
zulkifli noordin
zulkifli noordin
zulkifli noordin
Venue : Tingkat 7 Wisma Yakin, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin mendakwa ada perancangan jahat untuk mensabotaj beliau. Beliau mendakwa walaupun pihak pengurusan mengetahui bahawa beliau akan menghadiri persidangan antarabangsa di Korea dari 18hb Feb sehingga 23hb Feb, 2010, Lembaga Disiplin parti masih menetapkan tarikh tersebut untuk membicara beliau. Lembaga Disiplin telah menetapkan samaada 18hb Feb atau 23hb Feb untuk perbicaraan tersebut.

Zul menjangkakan bahawa beliau akan dibuang dari parti kerana gagal menghadiri perbicaraan tersebut. Beliau percaya keputusan untuk membuang beliau telah pun dibuat berdasarkan daripada kenyataan2 yang telah dibuat oleh Azmin, Tian Chua dan Zaid Ibrahim.

Beliau mendakwa keujudan "Firaun Firaun Kecil" dalam parti yang begitu beria ia mahukan beliau dibuang keluar dari PKR.

Zul telah dihadapkan ke Lembaga Disiplin kerana membuat laporan Polis keatas Khalid Samad dalam isu kalimah Allah.

Zul menegaskan bahawa opsyen keluar parti maseh terbuka buat ketika ini. Beliau mempunyai perancangan untuk bertanding dalam pemilahan pucuk pimpinan parti pada penghujung tahun ini.

Mengenai proses pembersihan parti yang diwar warkan oleh pucuk pimpinan party, Zul secara sinis menegaskan bahawa hanya yang bersih saja akan dibersihkan dari parti. Yang tinggal dalam parti selepas pembersihan adalah kotoran politik


2.

3.

4.

5.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net