Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 18-Jan-2010 20:30 Email | Share | Bookmark
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18

Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Ke-18
Venue : Legend Hotel, Kuala Lumpur

Karya sastera bermutu patut jadi teks sekolah

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Buku-buku yang memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia wajar diberi keutamaan untuk dijadikan teks sastera di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, langkah itu akan menggalakkan pembacaan karya-karya sastera bermutu tinggi yang merupakan wahana terbaik untuk menyuburkan budaya ilmu.

Beliau berkata, melaluinya juga nilai-nilai positif di kalangan masyarakat dapat diterapkan.

''Hanya karya sastera yang bermutu tinggi dapat mencabar minda dan mengasah daya intelek serta kreativiti generasi muda,'' katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia ke-18 di sini malam ini.

Hadir sama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dzulkarnain Awang; Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Johan Jaaffar dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz.

Hadiah Sastera Perdana Malaysia merupakan hasil penilaian muktamad terhadap karya sastera yang diterbitkan dalam bentuk buku dan karya eceran yang tersiar dalam akhbar, majalah, jurnal dan buku atau yang dipentaskan untuk skrip drama.

Sementara itu Muhyiddin berkata, karya-karya sastera tempatan yang telah diuji kekuatannya di peringkat kebangsaan perlu dinobatkan ke peringkat serantau dan antarabangsa.

Katanya, membawa karya sastera tanah air ke luar negara bererti mengetengahkan hasil intelek dan kreativiti penulis tempatan ke pentas dunia sastera global.

''Untuk memperoleh pengiktirafan antarabangsa, para penulis dan penerbit tentu sekali perlu memahami dan memenuhi keperluan khalayak dan industri pembukuan dan pembacaan global.

''Penulis kita sebagai pemain dalam dunia sastera global mesti memiliki daya saing yang sangat tinggi dan sentiasa peka dengan tema, isu atau nilai yang dapat dikongsi bersama dengan khalayak pembaca global,'' katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin memberitahu, karyawan sastera mempunyai peranan penting membina sebuah negara bangsa yang menyaksikan warganya berkongsi impian dan nilai yang sama.

Jelasnya, matlamat itu boleh dicapai melalui usaha memperkasakan sastera kebangsaan yang mengutamakan nilai-nilai perpaduan, persefahaman dan penyatuan di kalangan masyarakat majmuk.

''Nilai-nilai ini boleh diterapkan melalui hasil penulisan kreatif yang disasarkan kepada setiap khalayak pembaca terutama generasi muda,'' katanya.

Berita awal : HSPM penanda aras sastera Malaysia

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7. Faisal tehrani menang "besar"

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net