Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 16-Jan-2010 12:00 Email | Share | Bookmark
BN - Program Mesra Rakyat

Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Program Mesra Rakyat
Venue : Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

TPM Harap Rakyat Sedar BN Mampu Laksana Keperluan Mereka

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Komitmen kepimpinan kerajaan dan parti Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan masalah rakyat adalah komitmen yang total dan bukannya separuh hati, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata dalam melaksanakan komitmen itu, kerajaan tidak akan mengamalkan dasar pilih kasih, malah sebaliknya memberi jaminan kawasan yang dipegang wakil rakyat parti pembangkang juga akan dibantu.

"Kita tahulah di kawasan Batu ini ada wakil rakyat yang walaupun sudah dijatuhkan hukuman mahkamah, kita tidak tahu apa yang akan jadi nanti, tetapi kita tidak memilih kerana bagi kita kepentingan rakyat lebih utama daripada wakil rakyat pembangkang," katanya ketika berucap pada Program Mesra Rakyat bersama Timbalan Perdana Menteri di Bandar Baru Sentul di sini, pada hari Sabtu.

Pada 22 Okt tahun lepas, anggota Parlimen Batu, Tian Chua dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur setelah didapati bersalah mencederakan seorang konstabel polis dalam perhimpunan haram di pekarangan Parlimen pada 11 Dis, 2007. Pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

Muhyiddin berkata komitmen itu juga merupakan satu langkah untuk BN menebus kekalahannya pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008 dan memastikan kemenangannya pada pilihan raya akan datang.

Ini, katanya bagi membolehkan BN untuk terus membantu mencari jalan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat jelata.

Muhyiddin turut menyentuh mengenai kontroversi penggunaan kalimah Allah di mana beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak memperkecilkan keharmonian dan keamanan yang dikecapi di dalam negara ketika ini.

"Kita mahu tindakan tegas diambil terhadap siapa yang bersalah dalam hal ini. Ini bukan soal Melayu atau bukan Melayu tetapi soal siapa yang melakukan kesalahan sehingga menimbulkan perpecahan dalam negara...kita tidak akan kompromi tidak kira Melayu, Cina atau India.

"Kita tidak akan politikkan perkara ini kerana ini bukan isu politik tetapi ini soal keamanan, keharmonian dalam negara kita. Ini penting dan perlu dijaga...tidak boleh kita abai, ambil sambil lewa, cincai, semberono atau sebagainya...tak boleh, kita kena beri perhatian yang utama," katanya.

Beliau juga menegaskan seluruh rakyat tanpa mengira kaum perlu mempertahankan Malaysia daripada sebarang anasir yang boleh menggugat keharmonian kaum dan negara.

Katanya sebagai rakyat Malaysia, mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan tanah air ini apatah lagi perpaduan merupakan elemen paling penting dalam memastikan kemajuan negara dapat dicapai.

Terdahulu, Muhyiddin meninjau kawasan sekitar Parlimen Batu termasuk melawat Flat Sentul dan Sekolah Kebangsaan Sri Perak untuk melihat masalah masyarakat di kawasan berkenaan dengan penduduk mengadu mengenai masalah lif selalu rosak, air berkarat dan beberapa masalah penyelenggaraan lain.

Pada sidang media kemudian, Muhyiddin berharap dengan komitmen yang ditunjukkan kerajaan, akan wujud kesedaran baru di kalangan rakyat bahawa kerajaan pimpinan BN masih berkemampuan untuk menolong menyelesaikan masalah mereka.

Beliau berkata rakyat diharap sudah dapat menilai komitmen kerajaan untuk membantu membaiki taraf hidup rakyat jelata serta melaksanakan apa yang diperlukan khasnya daripada segi pembangunan sosial mahupun ekonomi.

"Kita hendak supaya dalam tempoh yang sudah berlalu dan sekarang di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pendekatan baru Gagasan 1Malaysia, rakyat mula sedar sebenarnya BN masih mampu untuk melaksanakan apa yang mereka perlukan," katanya.

Menurutnya setakat ini, dilihat sudah ada perubahan ke arah itu terutamanya berdasarkan sambutan masyarakat terhadap program-program yang dianjurkan kerajaan mahupun parti.

Mengenai sikap sesetengah masyarakat yang tidak menjaga infrastruktur dengan baik terutamanya di kawasan-kawasan perumahan, Muhyiddin berkata mereka harus ada sikap kebertanggungjawaban dan tidak terlalu mengharapkan bantuan kerajaan bagi setiap perkara.

Ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengenai penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak, Muhyiddin berkata buat masa ini, kerajaan akan menurut perintah mahkamah yang memutuskan bahawa tiada halangan untuk menggunakan perkataan Allah, baik di Semenanjung Malaysia, mahupun Sabah dan Sarawak.

Mengenai pembentukan jawatankuasa khas untuk keharmonian agama, Muhyiddin berkata inisiatif ke arah itu sudah dimulakan tetapi belum diformulasikan.

Katanya beliau akan bincangkan perkara itu dengan Kabinet dan mendapatkan pandangan Perdana Menteri berhubung apakah inisiatif yang sesuai agar langkah itu tidak dilihat sebagai ad-hoc.

Mengenai cadangan diadakan dialog antara agama, Muhyiddin berkata ia merupakan langkah yang baik, sama ada ia bertujuan untuk berdialog atau mencari resolusi untuk sesuatu isu.

Beliau berkata apa yang mustahak ialah formula yang dihasilkan daripada dialog itu boleh menyelesaikan isu kalimah Allah yang dibangkitkan itu.

-- BERNAMA

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net