Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-Jan-2010 20:30 Email | Share | Bookmark
Forum : "ALLAH : Siapa Yang Punya?"

ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
ALLAH : Siapa Yang Punya?
Venue : Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kg Atap, Kuala Lumpur

Enam panelis yang berpecah kepada tiga yang menyokong dan tiga yang membantah penggunaan kalimah Allah oleh pihak The Herald.

FACEBOOK entry

1.

2.

3. Dr Khalif Muammar, Felo di Institut Islam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau yang dilahirkan di Indonesia sangat khuatir apa yang berlaku di Indonesia akan berlaku juga di Malaysia dimana masyarakat akan menjadi begitu celaru dan keliru. Beliau menyarankan penggunaan tersebut dihentikan saja sebelum ianya terlambat.

4. Hasmi Hashim, penulis - ulasan dia ni mengelirukan. Berputar putar cuba membolehkan pihak Kristian menggunakan kalimah Allah.

5. Moderator

6. Dr Mohd Farid Mohd Shahran, Pengerusi Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM), Pensyarah Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ulasan beliau bertumpu kepada penggunaan bahasa Melayu yang membolehkan orang Melayu di Kristiankan dengan penggunaan kalimah Allah. Beliau mempersoalkan motif sebenar The Herald.

7. Dr Azwira A. Aziz, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Hadir dengan reputasi sebagai pengganti Dr MAZA. Ulasan beliau tidak konsisten, sekejap menyokong dan sekejap menentang. Beliau berhujah bahawa umat Islam belum biasa dengan keadaan dimana penganut Kristian pun memanggil tuhan mereka sebagai Allah sebagaimana yang berlaku di Sabah dan Sarawak. Kata beliau kalau dah biasa sudah tentu tidak menentang lagi dah. Ini macam kes liwat bunyi nya... kena sekali sakit... kena selalu baru sedap

8. Sdr Shah Kirit Kakulal Govindji, pendakwah SABA Islamic Media. Saudara Baru yang cukup berilmu untuk berdakwah. Beliau hadir lengkap dengan ayat2 Al-Quran dan Injil untuk menyokong hujah beliau bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh Kristian oleh kerana konsep ketuhanan mereka yang berbeza dari tuhan yang satu dalam tauhid Islam. Sekiranya ianya dibenarkan dikhuatiri kelak, pihak Kristian akan mendapat jalan mudah dalam usaha dakwah mereka dikalangan rakyat Malaysia yang berbahasa Melayu. Kerisauan beliau berasas kerana beliau sendiri begitu aktif bergiat dalam usaha dakwah dan memahami keadaan persekitaran yang sebenar. Apakah motif The Herald sebenarnya?

9. Sdr Eddin Khoo, bekas wartawan dan sekarang penulis, budayawan dan pengkaji agama. Anak kepada Prof Khoo Kay Khim. Ulasan dia lagi berpusing pusing. Intro berjela jela tapi point sikit sangat. Letih mendengar. Kalau dia ada students, kesian lah kat mereka.

10. Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, wakil PAS yang tak henti henti dengan kontroversi dengan orang Islam yang diluar kelompok Pakatan Rakyat. Bermula dengan kuil Hindu di Shah Alam dan sekarang dengan saranan beliau bahawa kalimah Allah 'harus' digunkan oleh penganut agama Kristian. Sepanjang pengetahuan saya Khalid ini tidak mempunyai sebarang kelulusan dalam bidang agama Islam selain menjadi ahli PAS dan beliau sendiri mengaku bahawa beliau bukan seorang ustaz. Tapi cara beliau menempelak penelist lain yang jauh berilmu dalam bidang usuluddin dan pendakwahan didepan para hadirin sekelian sedangkan panelist tersebut menggunakan tutur cara yang berhemah ketika berbahas. Serangan beliau keatas UMNO mendapat perhatian blogger PAPAGOMO

11 & 12. Lihat saja lah gelagat dan riak wajah Khalid Samad ketika orang lain berhujah menentang penggunaan kalimah Allah oleh Herald. Siapa yang pandai membaca "bahasa badan" boleh menterjemah reaksi spontan si Khalid.


13. Wakil Lutheran Church, Reverend SivinKit pun turun padang bersama pasukan beliau untuk memantau

14. Saudara Baru, Juhaidi Yean Abdullah mempersoal kewajaran Khalid Samad menempelak UMNO walhal orang UMNO tidak ada dalam barisan panelis. Lagi pun moderator sudah pun membuat pra syarat bahwa hadirin dan para panelis tidak boleh membawa isu politik didalam perbahasan. Sdr Juhaidi juga kecewa kerana pihak penganjur tidak membawa masuk wakil dari Gereja Katolik atau pun wakil dari The Herald.

15 Pemuda ini mempertahankan penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian dengan mengemukan sepotong ayat Al Quran. Nyata pemuda ini beragama Kristian dengan salib didada dan subang ditelinga. Adakah beliau salah seorang "mubaligh muda" yang giat berdakwah dikalangan kelompok muda di sekitar Kuala Lumpur?

16. Dua pakcik ini begitu peka dan risau dengan masa depan anak2 mereka yang mungkin akan terkeliru dengan penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian. Kerisauan mereka berpunca dari peganggan "tiga dalam satu" yang menjadi teras kepada kefahaman Kristian.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net