Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-Jan-2010 15:30 Email | Share | Bookmark
Majlis Pelancaran Permata Seni

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Auditorium Tunku Abdul Rahman, MATIC, Kuala Lumpur


(Utusan Online)86 kanak-kanak terpilih sertai Permata Seni Koir dan Muzik

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Seramai 86 kanak-kanak dari seluruh negara terpilih menyertai Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (Permata) Seni Koir dan Seni Muzik.

Daripada jumlah itu, 51 terpilih menyertai Permata Seni Koir, manakala selebihnya menyertai Permata Seni Muzik yang merupakan kerjasama antara Pusat Permata Negara serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Isteri Perdana Menteri yang juga Penaung Permata, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, melalui kerjasama itu, kedua-dua agensi bersama-sama bergabung tenaga menyerlahkan lagi potensi kanak-kanak negara ini dalam kedua-dua cabang muzik itu.

"Bagi program Permata Seni Koir, kita berhasrat untuk menubuhkan sebuah koir bertaraf dunia. Mereka akan didedahkan dengan gaya nyanyian berharmoni dan mempelajari muzik melalui bacaan serta kemahiran mendengar,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Permata Seni Koir dan Seni Muzik di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim serta isteri Datin Seri Masnah Rais.

Rosmah berkata, untuk program Permata Seni Muzik pula, kanak-kanak berkenaan akan menjalani latihan secara berterusan supaya bakat mereka dapat dikembangkan lagi.

"Kita mahu melahirkan ahli muzik di kalangan kanak-kanak yang cemerlang dan terbaik bukan sahaja di peringkat negara malah hingga ke peringkat antarabangsa,'' katanya.

Ujar beliau, dalam usaha memastikan apa yang dihasratkan itu tercapai, kanak-kanak terbabit turut akan dihantar menimba pengalaman daripada tenaga pengajar di luar negara.

Terdahulu, dalam ucapannya Rosmah berkata, program itu merupakan sebahagian daripada program Permata Pintar dengan penumpuan diberikan kepada pelajar yang mempunyai kebolehan istimewa dalam bidang seni.

"Jika program Permata Pintar dikhususkan untuk pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, maka program Permata Seni pula adalah untuk pelajar yang cemerlang dalam bidang seni.'' katanya lagi.

Beliau berkata, sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan setahun untuk program Permata Seni Koir dan Seni Muzik.

Sementara itu, Rais berkata, setakat ini seramai 24,000 pelajar di seluruh negara aktif dalam bidang kesenian dan kebudayaan melalui penglibatan melalui kelab budaya serta tunas budaya di sekolah masing-masing.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23. Betty sekarang ini sedang hangat diperkatakan berpasangan dengan Nash






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net