Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 3-Jan-2010 01:18 Email | Share | Bookmark
PAS - Diruntuhkan Dari Dalam ?



Zulkifli gesa Khalid keluar Pas

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digesa keluar daripada Pas berikutan pendiriannya tidak selaras dengan perjuangan Islam yang dibawa parti itu.

Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Zulkifli Nordin berkata, terbaru Khalid menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

"Khalid menyatakan bahawa kalimah Allah bukan milik eksklusif umat Islam.

"Beliau juga mendakwa al-Quran membenar dan menggalakkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah," katanya dalam blog, zul4kulim.blogspot.com hari ini.

Jelas Zulkifli, kepimpinan Pas perlu mengambil tindakan termasuk memecat Khalid daripada parti itu agar memberi mesej yang jelas kepada umat Islam bahawa Pas tidak bersekongkol dengan Ahli Parlimen berkenaan.

Tambahnya, kegagalan kepimpinan Pas mengambil tindakan terhadap Khalid akan memberi gambaran negatif terhadap kepimpinan parti itu.

"Ia sekali gus menjejaskan imej dan persepsi terhadap Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

"Beliau (Khalid) telah mengeluarkan banyak kenyataan yang merosakkan nama dan imej Pas sebagai parti Islam,'' ujarnya.

Menurut Zulkifli, orang Melayu mula mempertikaikan perjuangan Pas dalam memartabatkan Islam kerana wujudnya watak-watak seperti Khalid.

Beliau secara sinis mencadangkan supaya Khalid menyertai parti lain seperti DAP berikutan pendiriannya itu.


*Tory


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net