Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-Dec-2009 14:30 Email | Share | Bookmark
Firma Zaid Kembang Sayap

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Royal Chulan Hotel, Kuala Lumpur

Utusan Malaysia bertarikh 15/12/2009

Zaid Ibrahim tiada kaitan dengan ZICO

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Pengurusan tertinggi firma guaman terbesar di negara ini, Zaid Ibrahim & Co. (ZICO) menjelaskan, firma itu kini langsung tiada kaitan dengan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Pengerusinya, Datuk Dr. Nik Norzul Thani menegaskan, walaupun nama ZICO masih dikekalkan tetapi ia lebih merupakan satu institusi guaman berasingan daripada pemilik namanya.

Menurutnya, Zaid sudah keluar daripada ZICO dan menjual semua kepentingan yang dimilikinya sebelum ini dan dalam firma guaman yang diasaskannya itu.

“Zaid individu berasingan daripada ZICO, dia sudah keluar dan kira telah mengambil alih kesemua kepentingannya. Cuma namanya saja kekal sebagai institusi guaman yang jenamanya terkenal di seluruh dunia.

“Ia sama seperti Datuk Bandar New York, Amerika Syarikat, Michael Bloomberg (mengasaskan perkhidmatan berita kewangan global Bloomberg), nama institusi itu iaitu Bloomberg masih kekal. Juga Rashid Hussein Bank yang masih lagi mengekalkan nama RHB walaupun ia tidak lagi dimiliki beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan kelulusan rasmi pembukaan ZICO di Australia yang disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Penny William.

Nik Norzul ditanya mengenai status kepentingan Zaid terhadap firma guaman itu yang masih lagi mengekalkan nama asalnya.

ZICO diasaskan Zaid pada 1987 dan berkembang sejak lebih 20 tahun lalu daripada sebuah firma guaman terkecil kepada firma guaman terbesar di Malaysia dengan mempunyai lebih 140 peguam.

Ia mempunyai rangkaian di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu, Kuching dan Labuan.

Selain itu, ZICO melebarkan sayapnya di Singapura pada 2003, Jakarta (2005), Bangkok dan Ho Chin Min (2006) serta Dubai (2008) dan Australia tahun depan.

Kejayaan ZICO membuka pejabat guamannya di Sydney dan Melbourne merupakan pencapaian membanggakan bagi sebuah syarikat Malaysia apabila ia merupakan firma guaman pertama di Asia yang dibenarkan beroperasi di negara itu.

Antara objektif utama ZICO di Australia ialah mempromosikan sistem kewangan Islam termasuk mempopularkan Malaysia sebagai salah satu pusat kewangan antarabangsa di rantau ini.

1.

2.

3.

4.

5.

6. Ucapan aluan oleh Pengerusi ZICO, Datuk Dr. Nik Norzul Thani

7. Ucapan oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Cik Penny Williams

8. Ucapan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa Malaysia, Dato' Sri Mustapa Mohamed. Laporan nya boleh dibaca di SINI

9.

10.

11.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net