Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 8-Dec-2009 10:00 Email | Share | Bookmark
NGO Melayu Terus Bantah

 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Mahkamah Sesyen Shah Alam

Tarikh perbicaraan bagi kesemua 10 orang penduduk seksyen 23 dan dua orang NGO dalam kes Kepala Lembu telah ditetapkan dari 12 - 16 hb April 2010. Laporan BERNAMA di SINI

Berita penuh di SINI.

1.

2. Kesemua 12 orang tertuduh mengambil kesempatan untuk menyatakan protes mereka terhadap kepimpinan DAP yang telah menunjukkan sikap kurang ajar mereka kepada tiga ADUN Perak yang telah meninggalkan Pakatan Rakyat. Mereka membantah keras sikap kepimpinan DAP yang tidak dapat menerima amalan demokrasi dalam berpolitik.

3.

4.

5.

6.

7. Majoriti mereka yang tertuduh adalah ahli Badan Bertindak Perpaduan Ummah (BBPU) , NGO yang baru ditubuhkan. Mereka secara individu telah membuat laporan Polis di Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam bagi membantah kenyataan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M.Kulasegaran yang terus menerus mempersoal hak dan keistimewaan orang Melayu. Mereka mendesak pihak Polis membuat tindakan keatas Kulasegaran diatas kenyataan beliau itu. Mereka memberi tempoh sehingga dua minggu bagi Kulasegaran menarik balik kenyataan beliau dan meminta maaf kepada kesemua rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Sekira nya beliau gagal, NGO2 Melayu akan mengambil tindakkan "memburu" Kulasegaran sehingga "ke lubang cacing " sekalipun. BBPU juga menempelak kerajaan Selangor yang buat sikap acuh tak acuh dalam menyambut Hari Keputeraan Baginda Sultan yang akan jatuh pada hari Jumaat 11/12/09. Tiada sebarang poster, kain rentang atau sebagai nya yang mewar war kan sambutan Hari Keputeraan tersebut yang kelihatan sekitar Shah Alam setakat hari ini. Laporan BERNAMA di SINI dan Utusan Online pula di SINI



Update / Kemaskini @ 12.30 pm 9/12/09

Petikan dari HarakahDaily

Quote:
KUALA LUMPUR, 8 Nov: Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Meng petang tadi menganggap mereka yang terbabit memijak gambar beberapa pemimpin DAP hari ini bukan mewakili sensitiviti rakyat berbangsa Melayu di Malaysia.

Sebaliknya, beliau menganggap mereka yang terbabit masih berfikiran kuno era dinosor yang sudah tidak sesuai untuk hidup di zaman ini.

"Saya yakin mereka tidak mewakili orang Melayu...mereka masih berfikiran era dinosor," jelasnya.

Pendapat tersebut sebagai mengulas laporan berita sebuah laman web hari ini yang melaporkan 12 tertuduh dalam kes 'kepala lembu' memijak gambar pemimpin DAP sebaga protes pada parti tersebut.


Tidak kah kenyataan ini terpantul semula kemuka Nga.....cepat betul beliau lupa dengan kejadian alas kaki kat konvensyen Ipoh..




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net