tuan jinggo, tak buat liputan tentang jenayah perang di pwtc ke?
sesuatu kesalahan mempunyai hukuman yang perlu di laksanakan. katakan jika seseorang mencuri, di dalam islam, tangan pencuri itu perlu di potong supaya dia tidak boleh mencuri lagi. tetapi di malaysia, orang yang mencuri, akan di kenakan denda atau di hukum mengikut kesesuaian kejadian.
dahulu, nik aziz begitu bersungguh sungguh ingin melaksanakan hukum hudud. tetapi di salahkan tun dr mahathir kerana membantah perlaksanaan perkara itu. tetapi sekarang, nik aziz tak kisah dah jika hudud tidak di laksanakan. pelik pula bila ini terjadi. kenapa agaknya ya???
tetapi saya bukan ingin membicarakan tentang hudud yang di mimpikan oleh nik aziz. tapi tentang jenayah membunuh. mengikut kesesuaian hukum hudud, jika seseorang membunuh orang, maka nyawa pembunuh menjadi taruhan. membunuh adalah suatu perbuatan yang salah jika tiada sebab yang membolehkan nya berlaku. di zaman ini ada beberapa negara yang suka menyelesaikan masaalah dengan jalan peperangan. apabila ini berlaku, maka banyak lah nyawa yang tak berdosa terkorban.
agak pelik apabila pbb memandang sepi peperangan yang berlaku dan tidak cuba utk memberhentikan peperangan.
kita patut merasa bangga apabila ada seorang manusia yang bernama tun dr mahathir mohamad yang bersungguh sungguh ingin membawa ketengah penjenayah penjenayah yang menyebabkan peperangan berlaku. beliau juga berganding bahu dengan beberapa orang yang membenci peperangan dan juga orang orang yang pernah terlibat di tahan dan di siksa sebagai tahanan perang.
orang orang yang bertanggungjawab memulakan peperangan memang wajib di kenakan hukuman. satu tribunal jenayah perang sedang di jalankan. sesiapa yang mempunyai kelapangan silalah datang utk melihat dan mendengar sendiri apa yang terjadi. sebenarnya, saya ingin sekali menjemput nik aziz dan orang orang pas(selain dari orang orang umno, mca, mic etc) utk hadir memberi sokongan atas usaha keras tun dr mahathir dan beberapa tokoh yang di jemput utk memberi ceramah.
tetapi siapa lah saya utk menyuruh mereka berbuat demikian. lagi pun tribunal ini tak letak nama islam pun. kalau ada nama tribunal islam, mungkin mereka datang lah kot.
teruk betul lagak mereka semua ini. kalau saya yang tak datang, boleh terima lagi(lagipun tiada siapa nak sponsor orang macam saya), tapi orang orang parti islam semalaysia tak datang, memang memalukan. ini kerana ugama kita memang menganjurkan keamanan. maka apa apa yang membolehkan keamanan dunia di daulatkan, maka kita wajib menyokongnya tak kira parti, jantina atau umur.
sokonglah tribunal jenayah perang ini. kita akan dapat kekalkan keharmonian dunia utk generasi kini dan akan datang.
semoga Allah memberkati usaha yang mulia ini. oh ye, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tv3, ally iskandar, abby fana, ag dan wardina kerana berusaha keras mempromosi usaha murni ini. kalau tiada tv3, saya mungkin tak tahu apa apa tentang ini semua.
Thu 29-Oct-2009 08:55 Posted by:marina
Marina : Minta maaf, badan kurang sihat selepas balik dari Ipoh semalam. Anyway conference tu dah pun dapat wide publicity. Organiser pun dah bersiap dengan segala macam media and photo coverage
Thu 29-Oct-2009 11:29 Posted by:minaq_jinggo
sorry to hear that. hope you will get well very soon.
semoga sidang jenayah perang ini mendapat liputan yang meluas, dan mendapat tindakan yang cepat dari semua pihak. biar dunia tahu yang kita semua amat membenci peperangan.