Venue : Sekolah Rendah Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur
Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri anjuran UMNO Bahagian Wangsa Maju telah diserikan dengan kehadiran kedua kedua dua Presiden bersama Timbalan beliau. Namun disebalik kemeriahan majlis terdengar suara2 yang mengeluh tidak puas hati dengan susun cara kedua dua pemimpin tersebut diasingkan dari rakyat jelata dengan pengadang besi.
Ianya memberi gambaran berikut :-
1. masyarakat setempat terdiri dari golongan yang tidak tahu undang2
2. masyarakat setempat terdiri dari golongan manusia yang ganas
3. nyawa pemimpin negara sentiasa dalam ancaman
4. pemimpin kita tidak mesra rakyat dan kata2 Perdana Menteri dalam perhimpunan agung UMNO cuma retorik politik semata mata
5. terdapat jurang yang luas memisahkan pemimpin dengan rakyat seolah olah ujud perbezaan kasta.
Akibat nya sambutan penduduk setempat tidak nampak hangat. Mereka tidak berderu "menyerbu" untuk bersalaman dengan pemimpin tertinggi negara. Cuma beberapa kerat saja, kebanyakkan nya kanak2 yang bersusah payah "bergelut" dengan para pengawal (yang tidak pernah mesra rakyat) untuk bersalaman dengan mereka berdua.
1.
2.
3.
4. Persembahan pentas seolah olah khusus untuk tetamu VVIP sahaja. Rakyat jelata terpaksa terkinja kinja diluar pengadang untuk melihat persembahan dengan lebih jelas..
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
Benar bro jinggo, "ada beberapa kerat saja yg kurang mesra rakyat".Tanggapan beginilah nanti org akan lihat UMNO itu tidak berubah walhal presiden parti bersungguh tuntut perubahan.Kita diMalaysia ni sayangkan pemimpin namun janganlah sampai begitu sekali dibuat penghadang.UMNO Wangsa Maju sila pembaharuan....terjemahkan semangat Janda Baik.....Bro jinggo tak sabar nak tgk gambar perasmian sayap dan persidangan sayap2...hopefully brouploading yer...Thanks bRO.
Sun 18-Oct-2009 00:13 Posted by:marhaen
Orang yg "beberapa kerat "camni lah yg patut di sanggah merosakkan impian tuk berubah.Camni ke kata nak bersama rakyat? Pemimpin datang, rakyat kenapagar kat luar..Baru minggu lepas dah janji nak berubah... hai labu........
Sun 18-Oct-2009 01:15 Posted by:1mal
I wonder if it is quite appropriate for the Prime Minister to be wearing a nice Batik shirt with a "Snake-skin Patterning," does it give the right impression?
Sun 18-Oct-2009 03:14 Posted by:Brian Carter impianmurnizon@yahoo.co.uk
Ini UMNO bandar. Macam ayam daging jugak, nak berkandang-kandang pulak..
Sun 18-Oct-2009 07:51 Posted by:azienmat
Betul larr bro..... UMNO Bhg Wangsa Maju kena tahu rakyat Msia ni kann penyayang..aku tak rasa ada orang nak buat benda tak baik..kat PM kita...kata rumah terbuka Aidilfitri..bodyguard pun agak agak larr...Semoga apa yg bro hasil kann memberi petunjuk dan hidayah pada mereka...
Sun 18-Oct-2009 17:18 Posted by:abuya abuya_one@yahoo.com
Bodoh punya UMNO Bahagian Wangsa Maju....Buat Majlis Rumah Terbuka tapi letak Kandang..bahalol nak mampos...aku tengok pun gambar tu pun dah rasa menyirap..mcm bangsat sangat pulak dianggapnya rakyat ni...lain kali kalau dah tau nak berkandang jgn bagitau kat orang yg korang buat rumah terbuka tapi buat rumah kandang..bodo.. lembu bangang...ni semua hanya nak menjauhkan rakyat dari UMNO ..mencemarkan imej UMNO saja...bangang.
Mon 19-Oct-2009 01:44 Posted by:maruah_melayu
ketua bahagian UMNO ni mmg tak sensitif langsung
Mon 19-Oct-2009 02:42 Posted by:drmuzi
Ni lah kalau kerja kepala otak ingat nak membodek je...dah samapi terlebeh lebeh kawalan keselamatan. Tak pernah orang buat mengandang pemimpin dalam majlis rumah terbuka. Yop Jinggo tahniah kerana berani menegur kepimpinan UMNO.. Lepaih ni menyentap la Ketua Bahagian kalau dia terbaca posting ni...
memang betul pun para pengawal vvip ni semua kurang ajar.
saya pegi beraya rumah terbuka Tun Mahathir aritu. kurang ajar je pengawal dia tarik saya dari saya Tun Hasmah. Rasa macam nak lempang je. Ape salahnya kan. Bukan luak pun tangan Tun Hasmah tu.
Lepas tu, masa nak ambil gambar Tun dan DS Najib masa dorank makan, dia tak bagi. Padahal, wartawan lain ambil boleh. Kenapa macam tu yea? Kenapa rakyat biasa tak boleh ambil. Camera kitorang murah ke?
Lepas tu saya terus fed up dan balik ke rumah dan takkan hadir untuk majlis2 melibatkan VVIP lagi.
Rasanya para pengawal VVIP ni semua perlu diajar adab dan tertib. Kalau tak boleh, bagitahu baik2 dan bagitahu reason kenapa tak boleh. Bukan dengan sikap kurang ajar.
Cuma pengawal DS Najib yang okay. Saya ambil gambar beliau dan DS Rosmah, pengawal dia cuma kata jangan rempuh saja. Ambil gambar tak mengapa. Macam ni barulah betul...
Saya rasa Tun kena pecat pengawal dia dan ambil semula pengawal dia dari Datuk Haji.
Sat 24-Oct-2009 17:10 Posted by:saya sayaa@doc.com