Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 4-Oct-2009 09:05 Email | Share | Bookmark
PRK N31 - Nelayan Bagan Pinang Menghargai Isa Samad

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Jetty nelayan batu 3, Jalan Pantai, Port Dickson

Quote:
88 nelayan jadi anak angkat Penerangan UMNO Malaysia

PORT DICKSON - Seramai 88 orang nelayan yang bernaung dengan Persatuan Badan Kebajikan Nelayan Bagan Pinang bertuah kerana badan kebajikan tersebut dijadikan persatuan angkat kepada Penerangan UMNO Malaysia.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan berkata, ia merupakan kaedah penerangan ‘4M’, iaitu medium bersemuka, media cetak, elektronik dan maya yang diperkenalkan oleh beliau.

“Penerangan kini bukan hanya berceramah bersemuka, ia turut meliputi kaedah 4M. Di Manek Urai, saya menorah getah dan di Permatang Pasir bersama dengan peniaga kecil,’’ kata Ahmad Malslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau memberitahu, kaedah medium bersemuka ini juga dilakukan di surau, masjid, warung dan ziarah rumah ke rumah.

Program tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan, Mejar (B) Razali Ali dan ahli-ahli persatuan tersebut.

Ahmad turut menaiki bot bersama nelayan mengangkat bubu ketam (binto) dan menyertai aktiviti menjaring ikan bersama nelayan.

“Saya ingin menyelami dan merasai nyut nadi kehidupan sebagai nelayan apabila menghabiskan masa selama hamper dua jam bersama mereka,’’ katanya.
Kaedah ini, ujar beliau, merupakan pendekatan penerangan secara bersemuka, iaitu memberi penerangan sambil bermesra bersama rakyat.

Menurut beliau, Penerangan UMNO Malaysia juga sedang mengenal pasti kawasan lain di seluruh negara untuk dijadikan sebagai keluarga angkat.

Setakat ini, selaku Ketua Penerangan beliau mempunyai ramai keluarga angkat di seluruh negara terutama melalui program khas beliau bermalam di rumah peneroka Felda.

Keluarga angkat itu , ujar beliau, dikembangkan kepada persatuan angkat penerangan pula dan semestinya Persatuan Badan Kebajikan Nelayan Bagan Pinang rasa bertuah di atas pengumuman ini.

Ahmad berkata, beliau mendapati ada di kalangan ahli yang belum mendapat lesen yang menyukarkan mereka untuk mendapatkan bekalan subsidi petrol, mendapat bantuan sebanyak RM200 sebulan daripada kerajaan serta lain-lain kemudahan.

Beliau telah memaklumkan masalah itu kepada Dato’ Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani supaya nelayan-nelayan itu dapat dibantu.

Sementara itu, Pengerusi Badan Kebajikan tersebut, Razali,53, bekas pesara tentera, berkata, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sewaktu menjadi Menteri Wilayah telah meluluskan peruntukan sebanyak RM400,000 untuk menaik taraf pengkalan ini.

Seorang nelayan, The Kim Thee ,44, berkata, banyak jasa Tan Sri Isa kepada mereka semua di sini.

“Kami tidak pernah lupa jasa beliau. Tan Sri Isa pemimpin berjiwa rakyat yang banyak membantu kami,’’ katanya.



1.

2. Jentera yang digunakan untuk membersih kawasan pantai

3.

4.

5.

6.

7.

8. Aiseh enjin mati pulak

9. Nasib baik kawan2 ada yang datang membantu

10.

11.

12.

13.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net