Want your
own Fotopage?














 
Jinggo's FotoPages

By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 20-Sep-2009 02:30 Email | Share | Bookmark
Selamat Hari Raya Aidil Fitri

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Kg Kerdas, Gombak.

Tahun ini saya sekeluarga buat pertama kali nya beraya sepenuhnya di Kuala Lumpur. Ibu saya sejak sebulan yang lalu berada di Bangi menjaga adik saya yang patah tulang pinggul setelah kenderaan Avanza yang dipandu beliau dihempap lori pembancuh simen.

Di kesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri kepada kesemua pengunjung Jinggo Fotopages semoga Syawal ini membawa rahmat kepada kita semua. Saya secara peribadi ingin memohon ampun dan maaf sekira ada posting saya yang menyinggung perasaan para pengunjung.


1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8 & 9

10.

11.




Selamat Hari Raya diucapkan kepada saudara sekeluarga. Maaf Zahir dan Bathin.
Akan balik ke KL pada hari Khamis.
Wed 23-Sep-2009 08:07
Posted by:dannalli
peminat setia ... tiap hari mesti buka fotopages nie banyak gambar terkini
BAGUS PUNYA KELUARGA
moga jadi keluarga bahagia
DIDUNIA DAN DIAKHIRAT
cuma nak ingat kan ...
pastikan anak-anak tu tak lawan Allah
maksud saya.... minta depa tutup aurat
barulah tanda kasih kita pada mereka
selamat dunia.... selamat akhirat insyaallah
Wed 23-Sep-2009 23:58
Posted by:haslina omar lynaomar_sungaipetani@yahoo.com
selamat hari raya bapak....eh salah brader jinggo...
bagi saya la kalau nak bg nasihat boleh je bagi private message email terpampang kat atas tu bebesar pastu tulis la panjang2....jaga air muka orang yang nak ditegur...kan lagi bagus begitu...selamat hari raya maaf zahir batin...
Thu 24-Sep-2009 04:11
Posted by:kuliah
Selamat Hari Raya...Maff Zahir dan Batin... kpd sekeluarga juga ewahhh semoa nya hijau2 nih... Thu 24-Sep-2009 06:13
Posted by:tuanlokong tanlokong@yahoo.com
6. Memang benar saya disingkir daripada UMNO dan kemudian diterima balik dan dicalonkan dalam Pilihanraya Umum 1974. Tetapi saya tidak disingkir kerana jenayah rasuah. Saya disingkir kerana saya telah suarakan pendapat ramai ahli parti yang tidak senang dengan dasar Presiden ketika itu.

7. Demikian juga beberapa orang ahli Semangat 46 telah diterima balik, dicalon dan ada yang dipilih menjadi menteri. Mereka bukan diambil tindakan disiplin kerana rasuah atau politik wang. Kesalahan mereka bukan satu jenayah. Sebaliknya tindakan mereka disebabkan perbezaan pendapat politik dengan kepimpinan parti.

8. Tidak ada persamaan di antara kes saya dengan kes tindakan tatatertib keatas seorang yang menggunakan wang untuk mendapat jawatan dalam parti.

ini adalah petikan dari blog tun dr mahathir, entry yang terbaru. ianya berkenaan dengan jawapan kebiadaban beberapa perwakilan yang menyokong isa samad sebagai calon utk pilihanraya kecil yang terbaru. di harap isa samad menarik diri secara terhormat atau di batalkan pencalonannya kerana di takuti orang yang mencalonkannya juga terlibat dalam politik wang. di harap presiden parti boleh melakukan sesuatu.

oh ye, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan mohon maaf zahir dan batin jika ada tulisan saya yang menyinggung perasaan dan sentimen sesiapa. kita kembali kepada fitrah. fitrah manusia yang inginkan kebaikan, kebersihan dan keharmonian. terima kasih.
by the way, gambar comel comel tuan jinggo. gut gemacht.
Thu 24-Sep-2009 08:45
Posted by:marina
Selamat Hari Raya Bro... Semoga bergembira di hari raya... Thu 24-Sep-2009 16:41
Posted by:bzz
Terima kasih dan alhamdulillah atas ucapan dan nasihat.... saya tak ambil hati pun . Kita yang dak berumur tunjuk contoh dan tauladan yang terbaik sebagaimana orang terdahulu memberi contoh kepada kita. Terpulang lah kepada yang muda untuk mengikuti contoh tersebut. Sampai masa insyaallah mereka pun akan mengikuti langkah kita... doa kan saja. Masa muda dulu saya melalui proses yang sama. Alhamdulillah Allah yang menentukan arah tuju dan pegangan saya sekarang ini. Nak kata dah selamat belum tentu lagi, keredhaan Dia yang saya pohon

Marina : Gambar comel atau tuanpunya badan yang comel ??
Fri 25-Sep-2009 00:45
Posted by:minaq_jinggo
remote kat tangan tu!!!.... hahahah.... selamat hari raya dari aku.... Sat 26-Sep-2009 21:43
Posted by:Tee Jay teejay@res-qmedia.com  - [Link]
tuan jinggo: itu kena tanya orang rumah la. hi hi.

oh ye, sukalah saya utk menujukan lagu ini utk isa samad, khairy jamaludin, nik aziz, dan orang orang yang sewaktu dengan mereka, lagu gaia.
Gaia
Artist: Zainal Abidin

Tiga teras dunia Air tanah udara
Berganding setia Meneraju kita

Dan ditinggal pencipta Segala kuasa
Untuk diamalkan umat manusia
Aman dan sentosa Kehidupan kita semua

Tapi aman sentosa Tiadalah lama
Intan dan permata Mengaburi sukma

Diantara mereka Ada yang bermuka
Meragut segala Itulah gejalanya

Musnahlah impian Generasi masa hadapan
Hilanglah resam di dunia

Gaia ia pun berubah Gaia diperjudikannya
Musnah dibiar sahaja Harta merasuk jiwa

Gaia ia pun berubah Gaia diperjudikannya
Musnah dibiar sahaja Malang nasib dunia

Haruskah dibiar mereka Menurut gelora dijiwa
Yang menghancurkan Bumi dan segala-gala

Fikir-fikirkan bersama Fikir siapa yang mencipta
Apa permata di mata Kan kekal bersama

Mon 28-Sep-2009 19:48
Posted by:marina
<b>SLM BRO DAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN </B> Mon 28-Sep-2009 23:57
Posted by:Jeffry jeffrydamien@rocketmail.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.