Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 29-Jul-2009 15:30 Email | Share | Bookmark
MAGARAN - GMI Mesti Traik Diri

 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor

1. Rombongan MAGARAN telah bertemu dengan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur pada 27/7/09. TKP telah memberi nasihat berikut semasa pertemuan yang berlangsung selama satu setengah jam.
> untuk MAGARAN menarik diri dari perhimpunan pada 1/8/09
> Polis akan bertindak tanpa memilih kasih
> jangan letak Polis dalam keadaan serba salah
> Polis hanya akan mempertimbangkan permohonan permit untuk perhimpunan ditempat tertutup dimana para peserta berada dalam suasana yang terkawal.
penyerahan Memorandum dibuat melalui wakil sahaja dan bukan nya dengan rombongan perararakan yang besar.

Selepas berjumpa dengan TKP, anggota MAGARAN telah bermesyuarat semula dan telah memutuskan perkara berikut :-
> sokongan keatas ISA tidak pernah dan tidak akan berubah
> memberi kata dua kepada GMI supaya menarik dari dari perhimpunan. Jika tidak MAGARAN juga akan turun padang.

ISA mendukung perkara2 berikut
> menjaga hak Melayu
> memelihara Islam sebagai agama rasmi
> menjaga kedudukan Raja2 Melayu

2. 36,000 ahli Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) dan peniaga2 KL akan turut turun padang sekiranya GMI terus dengan demonstrasi pada 1/8/09. Semua persiapan telah dibuat atas perbelanjaan sendiri. T-shirt, banner dan sebagainya tidak ditaja sesiapa kerana ini adalah kali pertama MAGARAN menggerakkan gabungan NGO untuk tujuan berdemo. Tidak seperti GMI dan para penggerak mereka yang ditubuhkan hanya untuk satu tujuan - berdemo dan membuat huru hara.

3. MAGARAN bukan parti politik dan tidak didalangi atau dibiayai ahli atau parti politik pro kerajaan. Malah Sdr Azam sendiri adalah ahli PAS, tetapi aspirasi beliau berbeza daripada pemimpin PAS yang menggerakkan GMI. Sdr Azam cintakan kedamaian dan kemakmuran yang telah dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dengan ada nya ISA. Oleh itu beliau merasakan ISA maseh lagi relevan dan perlu dikekalkan.

4. En Mohd Syahir Hj Abdul Aziz, Timbalan President PETEKMA menyatakan bahawa hujung minggu adalah masa untuk pemandu teksi mendapat rezeki yang lebih sedikit berbanding dari hari biasa dengan ada nya pelancung2 diseluruh Kuala Lumpur. Sudah 50 tahun rakyat Malaysia secara am nya hidup aman damai mencari rezeki di bumi yang bertuah ini. Janganlah ada segelintir puak yang nak jadi hero.

Beliau menambah, ISA lah yang menjadi satu2 nya undang2 yang mententeramkan Malaysia selain daripada undang2 lain yang diguna pakai.

Beliau menyeru dan merayu pihak Polis supaya menggunakan segala undang2 yang sedia ada untuk menghalang perhimpunan haram yang dijadualkan pada 1/8/09 tersebut dari berlaku.

Beliau juga berkata pindaan ISA hanya boleh dibuat di Parlimen dan bukan di jalanan. Kenapa perlu Anwar bawa isu ini ke jalanan? Jangan lah kerana terlalu kecewa tak jadi Perdana Menteri, rakyat pula jadi mangasa / korban.

Nik Aziz dan puak2 PR cuma beretorik mengenai ISA, kalau dah jadi kerajaan mereka juga pasti akan menggunakan undang2 tersebut.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net