Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 27-Jul-2009 14:00 Email | Share | Bookmark
GMI - 200,000 Gabungan Pro ISA Sedia Turun

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Coffee House Istana Budaya, Kuala Lumpur

Mjalis pengumuman penubuhan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN) yang terdiri daripada 56 NGO yang dianggotai oleh rakyat Malaysia pelbagai kaum dan latarbelakang. MAGARAN digerakkan secara reaksi spontan oleh mereka2 yang cintakan kedamaian. Pengumuman dilakukan oleh penasihat undang2 mereka, Sdr Azam yang juga penggerak utama Gabungan Graduan Melayu Muda

Antara lain MAGARAN merasakan bahawa ISA maseh relevan untuk dikekalkan sebagai mekanisma mengawal keselamatan negara dari ancaman pengganas dan anasir2 yang boleh membuat huru hara.

Menjawab satu persoalan Sdr Azam mengesahkan bahawa MAGARAN akan menggerakkan 200,000 hingga 300,000 ahli2 mereka dan juga rakyat Malaysia yang berkongsi pandangan yang sama dengan mereka pada 1/8/09 nanti. Acara perhimpunan MAGARAN akan bermula jam 11 am dari tiga lokasi berasingan iaitu di Padang Merbok, Masjid Negara dan Pasar Seni. Dari lokasi2 tersebut mereka akan bergerak menuju Dataran Merdeka bagi menandatanganu deklarasi, mendengar ucapan dan menadatangani kain rentang sepanjang 200 kaki yang menyatakan sokongan bagi ISA dikekalkan. Wakil MAGARAN kemudian nya akan menghantar memorandum kepada YDP Agung melalui Pegawai Khas Tuanku di Istana Negara.

Pertembungan dengan pendemo GMI dijangka tidak berlaku memandangkan masa acara GMI yang hanya akan bermula jam 2.00 pm. MAGARAN dijangka akan mengakhiri acara mereka dan bersurai jam 1.30 pm. Namun sekira nya pertembungan tidak dapat dielakan, MAGARAN sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

MAGARAN menegaskan bahawa perhimpunan mereka bertujuan membawa suara "silent majority" yang menyokong ISA dan cintakan keamanan dan kedamaian. Tindakan mereka juga bagi menyahut cabaran GMI yang dilihat bertindak tanpa mengambil kira kepentingan awam dan perundangan.

MAGARAN merasakan bahawa semua pihak harus bersabar sehingga keputusan akhir kerajaan Malaysia dalam menyemak Akta Keselamatan Dalam Negeri tersebut. Segala tidak persetujuan harus disalurkan melalui Ahli2 Parlimen yang mewakili mereka di Parlimen. MAGARAN berpegang teguh kepada pendirian mereka bahawa ISA tidak perlu dimansuhkan terus tetapi perlu disemak semula dan dikemaskini bagi mengelak aplikasi yang boleh mencetuskan kemelut politik.

1. Perbincangan diantara ketua2 sahaja.

2.

3.

4.

5.

6. Sdr Azam menunjukkan sesalinan Akta Patriot 2001 yang digunakan oleh Amerika Syarikat bagi melindungi dan menghapuskan ancaman keselamatan keatas Amerika Syarikat samada ianya datang dari dalam maupun dari luar Amerika Syarikat.

7. Sdr Azam menegaskan dakwaan bahawa ISA tidak membenarkan suspek mendapat pembelaan mahkamah adalah suatu pembohongan besar. Menurut Azam dibawah ISA suatu lembaga penasihat yang bertindak dalam kapasiti mahkamah diberi kuasa menyemak semula keputusan Menteri Dalam Negeri. Para peguam boleh membuat representasi kepada lembaga penasihat tersebut untuk mendapat pengadilan, secepatnya dalam tempoh 24 jam selepas suspek ditahan. Lagi pun dalam perlembagaan Malaysia dibawah Artikel 5 (2), setiap rakyat Malaysia mempunyai hak memfail mengadu kepada Mahkamah Tinggi sekiranya mereka merasakan bahawa mereka telah ditahan dengan salah.

8. Pada 18/10/07 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan aktivis PAS bernama Malik Hussin dibebaskan dari tahanan ISA dan dibayar pampasan ganti rugi sebanyak RM2.5 juta setelah beliau memfail Writ of Harbeus Corpus. Mahkamah memutuskan bahawa penahanan beliau berniat jahat dan mala~fide

9.

10. Setiausaha PERKASA, Sdr Syed Hassan sedang memberi kenyataan media setelah pulang dari membuat laporan Polis keatas GMI. PERKASA bertindak membuat laporan Polis setelah menerima pelbagai aduan dari ahli2 mereka dan juga para peniaga sekitar Kuala Lumpur yang khuatir akan perarakan yang akan dilakukan GMI pada 1/8/09 kelak. Perarakan tersebut seperti selalu nya akan menyebabkan perniagaan mereka terganggu dan tidak menentu.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net