Jinggo FotoPages - The original and independent source for UMNO, BN, PKR, PAS, DAP, PR, Mahathir, Najib, Muhyiddin, Anwar, Nik Aziz, Hadi, Kit Siang pix/pic
UMNO, BN, PAS, PKR, DAP, Mahathir, Najib, Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang
By: minaq jinggo

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 19-Jul-2009 17:40 Email | Share | Bookmark
PR - Perhimpunan Kematian Teoh Beng Hock

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Venue : Stadium MPPJ, Kelana Jaya, Selangor

Siasatan Polis belum selesai tapi rally mendapatkan sokongan rakyat untuk membantah kematian Teoh telah di buat hari ini. Anwar Ibrahim kata dia tidak mempolitikkan kematian Teoh. Tapi terang2 kepimpinan PR menuduh SPRM dan kerajaan Malaysia bertanggungjawab keatas kematian Teoh.

Penganjur dah war2 kan mengenai perhimpunan ini sehari selepas kematian Teoh. Namun cuma 2500 - 3000 orang saja hadir daripada 20,000 yang dijangkakan. Ini kali kedua dalam masa sebulan perhimpunan PR kurang mendapat sambutan.

Anwar Ibrahim maseh berada di Melaka ketika majlis berjalan walaupun beliau memang dijadualkan berucap di perhimpunan tersebut. Kenalan saya dari online news berbahasa cina memberitahu saya bahawa Anwar mungkin tidak akan hadir apabila beliau tahu jumlah kehadiran yang kecil. Saya kata saya akan singgah sebentar untuk merakam setakat apa yang ada.

Persoalan saya ialah sekiranya siasatan Polis mendapati Teoh membunuh diri atau Teoh telah dibunuh oleh pihak yang bersekongkol dengan mereka2 dalam PR, apa akan terjadi?. Adakah penyokong2 mereka boleh menerima hasil siasatan tersebut. Ini semua secara nyata adalah suatu permainan politik untuk mengalih tumpuan golongan tertentu dari isu yang sebenar yang dihadapi oleh pihak yang mendalangi perhimpunan ini.

1.

2.

3. Lantang menuduh SPRM bertanggungjawab keatas kematian Teoh dan menuduh akhbar berbahasa melayu cuba memutarbelitkan fakta

4. Isteri Sulaiman Abdullah pun turut hadir, tapi tak lama

5. Theresa Kok

6. Pengacara majlis, seorang Melayu yang memegang jawatan dalam AMK PKR, secara biadab menuduh SPRM membunuh Teoh

7. Speaker DUN Selangor ini berkata bahawa Najib merupakan PM yang paling suwei (sial) didepan sekalian yang hadir.... sungguh kurang ajar dia nih... apa perasaan beliau jika sekira nya dia dipanggil Speaker Yang Paling Sial Dalam sejarah Selangor?

8. Penyokong PR bersorak gembira apabila Speaker DUN berkata bahawa beliau berkuasa menghalau Khir Toyo walaupun beliau tidak berkuasa keatas Polis.

9. Apa status dia ini ni? Bujang atau sudah berkahwin? Dalam jemputan yang diterima daripada pejabat SUK Selangor, nama beliau dicatat sebagai Puan Elizabeth Wong

10. Wajah macho Engku Aziz, Timbalan Pengerusi DAP yang baru dilantik. Ada iras2 wajah watak "The Thing" dari Comic Marvel

11. Tuan rumah

12. Setelah mendapat pengesahan bahawa Anwar tidak akan hadir, saya dan kenalan saya pun angkat kaki sebelum kami muntah mendengar tuduhan2 yang tak berasas.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net